Peminat Manchester United, adakah anda bimbang tentang kecederaan yang dialami Paul Pogba? Nampaknya anda mungkin tidak perlu bimbang terlalu banyak.
Pemain antarabangsa Perancis itu telah memuat naik video di Instagram pada malam Rabu dengan aksi menari-nari.
Walaupun beliau mengakui bahawa masih cedera, namun kelihatan keadaannya seperti bebas dari sebarang rasa sakit yang serius.
Ini mungkin petanda bahawa beliau bakal kembali beraksi ke padang lebih cepat daripada apa yang anda fikirkan.
Sebelum ini muncul spekulasi bahawa Pogba mungkin bakal berehat selama 12 minggu ekoran kecederaan hamstring yang dialaminya.
Tetapi José Mourinho bingkas menafikan berita tersebut semasa sidang media perlawanan United bertemu Everton Ahad lalu.
"Sejujurnya saya tidak tahu sama ada 12 minggu atau 12 hari," kata Mourinho.
"Apa jua berita, analisis dan pandangan tentang kecederaan Pogba hanyalah khabar angin dan ianya tidak benar sama sekali."
"Kami masih menunggu beberapa hari untuk ujian x-ray kali kedua bagi mengetahui berapa lama masa Pogba perlukan untuk pulih. Saya tidak tahu ianya 12 minggu atau 12 hari."
Saksikan Video di bawah
Comments
Post a Comment