Stoke adalah pasukan yang terkenal dengan permainan fizikal. Peminat United telah menghabiskan waktu rehat antarabangsa untuk membincangkan sama ada United mampu mengekalkan konsentrasi sekarang hingga ke akhir musim ini.
Perlawanan awal pagi Ahad ini amat penting untuk mendapatkan tiga mata di Bet365 Stadium. Untuk menghadapi pasukan yang mengamalkan corak fizikal seperti Stoke, adakah pemilihan pemain seperti Juan Mata dan Henrikh Mkhitaryan sesuai dan mampu untuk menghadapi pertempuran di Stoke?
Penganalisis bolasepak di UK misalnya beranggapan United perlu kembali membentuk tiga pemain tengah bagi perlawanan Ahad ini. Matic dan Pogba sudah pasti terlibat ditengah dan satu lagi pemain yang bakal mengisi posisi itu berkemungkinan Ander Herrera atau Marouane Fellaini.
Dengan berbekalkan tiga pemain tengah dengan formasi 4-3-3, United dilihat lebih kukuh dan boleh menangani barisan tengah Stoke yang bakal dipimpin Joe Allen dan bekas pemain United, Darren Fletcher.
Adakah Mourinho bakal mengorbankan Mkhitaryan dalam kesebelasan utama selepas melakukan permulaan hebat pada musim ini? Mata dan Herrera antara pemain yang tidak terlibat dengan tugasan antarabangsa. Sudah semestinya mereka cergas 100% untuk berdepan Stoke.
Posisi bahagian serangan kanan bakal di isi sama ada Mata atau Mkhitaryan. Rashford dan Martial pula bakal bersaing untuk posisi serangan di sebelah kiri.
Selain Miki dan Mata, jangan dilupa Jesse Lingard. Beliau juga berpotensi untuk diturunkan sebagai pemain sayap kanan United. Maka posisi serangan kanan berkemungkinan akan direbut oleh tiga pemain, Mata, Miki dan Lingard.
Lukaku dijangka mengekalkan posisinya sebagai penyerang utama. Dibarisan pertahanan pula dijangka tiada rombakan bakal berlaku kerana selepas mengharungi tiga perlawanan, gawang United masih utuh dari dibolosi sebarang gol.
De Gea di posisi penjaga gol, Valencia dan Blind kekal sebagai 'full back' serta Jones dan Bailly akan terus digandingkan diposisi bek tengah.
Walaubagaimanapun, cabaran getir akan menanti United. Musim ini, Stoke berjaya menumbangkan Arsenal di Bet365 Stadium. United seharusnya agar tidak memandang rendah keupayaan lawan apatah lagi mereka bakal beraksi dihadapan penyokong sendiri.
Apapun terjadi, United wajib mendapatkan tiga mata maksimum. Musim lepas, Stoke City antara pasukan yang liat untuk ditewaskan United. Anak anak buah Jose Mourinho hanya mampu seri untuk dua perlawanan di Old Trafford dan di Bet365 Stadium dengan keputusan 1-1
Mourinho jelas tidak mahu episod musim lepas berulang. Untuk rekod, pada musim 2016/17, United bermula cemerlang pada tiga perlawanan awal namun gagal mengekalkan momentum selepas perlawanan keempat. Pada penghujung musim, United mengakhiri kedudukan liga ditangga ke enam. Namun berjaya menjulang tiga trofi.
#GGMU
Comments
Post a Comment