Marcus Rashford mendapat pujian dari legenda Liverpool, Steven Gerrard selepas menjaringkan gol pada pertandingan Liga Juara-Juara untuk Manchester United. Pada perlawanan itu United mencatat kemenangan 3-0 keatas FC Basel.
Penyerang muda itu kini menjaringkan gol pada setiap debutnya di Liga UEFA Europa, Liga Perdana, Piala EFL, Liga Juara-Juara, dan debut antarabangsanya untuk England.
Gerrard yang menjadi pengulas di BT Sport semasa perlawanan Man United menentang Basel, memuji pemain berusia 19 tahun itu.
"Dia mempunyai masa depan yang sangat cerah pada masa akan datang. Harapan yang cerah untuk bola sepak England,"kata Gerrard
"Adalah tidak begitu baik bahawa dia pemain United dari sudut pandangan saya," Usik Gerrard.
"Beliau pantas, mempunyai teknik yang baik. Beliau mempunyai segalanya untuk bermain."
Pada usia 19 tahun, Rashford telah menyertai skuad utama di musim kedua bersama United. Rashford diperkenalkan ke pasukan senior semasa era Louis van Gaal pada Februari 2016.
Sejak itu, beliau terus konsisten menunjukkan bahawa dia boleh menyesuaikan diri dalam perlawanan besar. Rashford juga acapkali menghasilkan gol ketika pasukan buntu untuk mencipta jaringan.
Kelajuannya dan tekniknya seperti yang dinyatakan oleh Gerrard, sering memenatkan pertahanan lawan.
Terdapat kebimbangan apabila ketibaan José Mourinho ke United dua musim yang lalu. Ramai beranggapan bahawa Rashford akan kurang menjadi pilihan di bawah kendalian jurulatih dari Portugal itu.
Namun segala telahan meleset, pemain berusia 19 tahun itu kini merupakan salah seorang pemain yang paling diminati oleh Mourinho. Dibawah Jose, Rashford berjaya menembusi skuad utama dan menghasilkan beberapa gol penting kepada pasukan.
SUMBER - DAILY STAR
Comments
Post a Comment