Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

LUKAKU TAHU LEBIH AWAL BAHAWA ZLATAN BAKAL KEMBALI KE OLD TRAFFORD







ROMELU LUKAKU mendakwa beliau memang sudah mengetahui lebih awal bahawa Zlatan Ibrahimovic akan kembali bergabung bersama Manchester United.

Ibrahimovic kembali ke United selepas menandatangani perjanjian selama satu tahun lagi pada minggu lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu dijangka akan turun beraksi pada tahun baru 2018 selepas kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya.


Pengurus United, Jose Mournho yakin bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint Germain itu akan memberi impak kepada pasukan pada separuh kedua musim ini.

Musim lalu, Zlatan menjaringkan 28 gol dari 46 perlawanan sebelum mengalami kecederaan pada bulan April.

Posisi Ibrahimovic telah digantikan oleh Romelu Lukaku. Pemain Belgium telah memulakan karier di United dengan cemerlang setakat ini dengan menghasilkan tiga gol dalam kempen liga perdana.

Lukaku berkongsi ejen yang sama dengan Ibra, Mino Raiola. Beliau ditemuramah sebelum perlawanan antara Belgium menentang Gibraltar yang berkesudahan Belgium menang 9-0. Lukaku meledak hatrick pada perlawanan itu.

Pada sesi interviu tersebut, Lukaku mengatakan bahawa Zlatan mempunyai misi untuk memenangi Liga Perdana.


"Saya sudah tahu lebih awal bahawa Zlatan akan kembali tetapi saya tidak memberitahu sesiapa," kata Lukaku.

"Saya gembira, kita memerlukan karektornya."

"Saya fikir Zlatan akan memberi impak yang sangat banyak untuk kami"

"Saya rasa beliau mempunyai satu misi. Misi itu adalah untuk memenangi Liga Perdana. Kami akan berusaha membantu beliau mencapai matlamatnya."





Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan