Legenda Chelsea semasa kerjayanya di Chelsea telah bermain banyak perlawanan di era Mourinho menjadi pengurus.
Beliau berpendapat, The Special One tidak suka berselindung dan akan berterus terang jika terdapat pemainnya gagal beraksi cemerlang. Itu adalah sebahagian dari karektornya.
Selepas perlawanan menentang Basel yang berkesudahan United menang 3-0, Mourinho kelihatan kurang gemar aksi yang ditampilkan pasukannya selepas mendahului 2-0.
Menurut Mourinho, beliau kecewa pemainnya hilang fokus selepas jaringan kedua dihasilkan. Beliau tidak gemar dengan situasi begitu kerana ianya memberi peluang kepada pihak lawan mencipta jaringan seterusnya akan memberi tekanan kepada pasukannya.
Lampard berfikir, sesetengah pemain mungkin berjuang untuk bermain dengan corak yang dimahukan Mourinho. Namun, terdapat sesetengah pemain dilihat gagal menerapkan corak yang diterapkan oleh bos Portugal itu.
"Jose sukakan kesempurnaan. Beliau sentiasa mahukan yang terbaik dari pemainnya," kata Lagenda Chelsea itu kepada BT Sport.
"Mourinho seorang yang berjiwa kekeluargaan. Jika pemainnya gagal mencapai tahap yang dimahukannya, beliau akan berterus terang. Beliau tidak akan berselindung."
"Ketika beliau datang mengurus Chelsea, beliau telah mengubah karier saya. Beliau banyak memberi keyakinan terhadap diri saya untuk menjadi seorang pemenang."
"Beliau seorang yang sangat yakin dalam dirinya. Jose sentiasa memberi semangat dan keyakinan pada setiap pemainnya. Saya benar-benar menikmatinya."
"Tetapi sesetengah pemain akan merasakan Jose adalah seorang yang terlalu mendesak mereka."
Lampard merasakan Mourinho berada dalam kelas pengurus yang sangat elit dalam dunia bola sepak.
"Jose pasti salah seorang pengurus terbaik di dunia. Rekodnya sebelum ini menggambarkan segalanya".
"Keperibadian, taktikalnya terserlah. Kita dapat saksikan tahun lalu, terutama di final Liga Europa."
United kembali beraksi sekali lagi di Old Trafford pada Ahad ni. Mereka bakal melayan Everton untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris.
SUMBER : BT SPORTS
Comments
Post a Comment