Jose Mourinho telah menghantar mesej mengenai situasi semasa Zlatan Ibrahimovic supaya untuk terus bersabar dan tidak perlu terdesak kembali ke padang secepat mungkin.
Ibrahimovic kini sedang melalui sesi pemulihan dari kecederaan ligamen lutut. Baru-baru ini Zlatan menyiarkan video di Instagram tentang dirinya sedang berlari-lari di gym dengan mesej :
"Beritahu Mourinho, saya sudah kembali (pulih)".
Pemain berusia 35 tahun itu telah menandatangani kontrak satu tahun bersama United sebelum jendela perpindahan ditutup bulan lepas. Beliau dijangka kembali beraksi seawal Disember ini atau selewat-lewatnya pada tahun baru 2018.
Sejak ketiadaannya, tugas mencetak gol di United digalas oleh penyerang baru, Romelu Lukaku. Setakat ini Lukaku sudah berjaya menghasilkan enam gol di semua penampilan.
Mourinho berkata, Ibrahimovic tidak perlu tergesa-gesa untuk pulih.
Tambah Mourinho :
"Saya fikir kami memerlukannya, kami sabar menunggu beliau cergas sepenuhnya."
"Beliau juga mesti bersabar."
"Beliau tidak perlu terdesak dan berfikir melakukan kerja 'gila' untuk cepat pulih. Beliau harus mengikut langkah langkah yang betul untuk sembuh".
"Saya tahu bahawa beliau berkeinginan untuk pulih dengan lebih cepat. Saya harap beliau bertenang. Ikuti sesi pemulihan yang disediakan sehingga pulih".
"Pasukan mahukan khidmatnya, tetapi kami mahu beliau cergas dan berada dalam keadaan terbaik untuk bermain semula."
SUMBER - EXPRESS.UK
Comments
Post a Comment