Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?



Chelsea menjuarai Liga Perdana pada musim lalu lalu dengan pertukaran formasi secara drastik pada awal musim. Lagenda United yang juga penganalisis sukan di Sky Sports, Gary Neville menggambarkan 3-4-3 sebagai sistem paling sukar untuk ditewaskan buat masa ini.

Jadi bagaimana cara untuk menghentikannya?

Pertukaran taktikal Antonio Conte kepada 3-4-3 selepas mengalami kekalahan 0 - 3 kepada Arsenal pada bulan September. Ianya dianggap sebagai titik perubahan terbesar dalam perlumbaan gelaran Liga Perdana musim lalu. Selepas permulaan yang goyah untuk kempen liga perdana, pembentukan formasi baru telah memberikan asas bagi kejayaan mereka.

Victor Moses dan Marcos Alonso menjadi pemain sokongan yang berbahaya di bahagian sayap. Mereka boleh beraksi baik ketika menyerang dan bertahan.

Kestabilan pertahanan pula dibantu oleh tiga pemain pertahanan tengah dan dua pemain tengah untuk memudahkan jentera hadapan yang diketuai Eden Hazard melancarkan serangan.

Chelsea mengalahkan lawan mereka dari bulan Oktober dan bulan seterusnya. Mereka memenangi 27 daripada 32 perlawanan Liga Perdana dan hanya kalah tiga kali.

Pertukaran formasi ini turut menjadi inspirasi kepada pasukan lain. Menurut Opta, terdapat beberapa pasukan telah mencuba menggunakan formasi 3-4-3 selepas Chelsea. Sebagai contoh, sebanyak 135 pasukan cuba menggunakan tiga pemain pertahanan berbanding hanya 22 pasukan pada musim sebelumnya.

Ia adalah peralihan taktikal yang berjaya dan dijangka Antonio Conte akan meneruskannya pada musim baru yang akan datang.

Pada musim panas ini telah menyaksikan Bos Manchester City, Pep Guardiola membelanjakan £126 juta untuk membeli pemain pertahanan sayap yang boleh bertahan dan menyerang dengan baik. 

Antaranya adalah Kyle Warker, Danilo dan Mendy. Ini juga petanda Pep bakal menggunakan sistem tiga pemain pertahanan tengah dan dibantu dua pemain sayap bertahan.

Sementara itu, Arsene Wenger juga telah mengesahkan bahawa Arsenal akan meneruskan bermain dengan menggunakan sistem tiga pemain pertahanan seperti yang mereka lakukan pada penghujung musim lalu.

Jadi, bagaimana caranya untuk memaksimumkan impak terhadap pembentukan formasi 3-4-3 ini?

Ketika kunjungan skuad Antonio Conte ke White Hart Lane, Mauricio Pochettino telah merubah formasi pasukannya juga kepada 3-4-3. Walaupun Chelsea menggunakan formasi yang sama, namun mereka tewas 0 - 2 ditangan Spurs hasil jaringan Dale Alli (2 gol)




Apa yang dapat dipelajari dari perlawanan tersebut?

Walaupun kedua-duanya menggunakan formasi yang sama, namun Spurs berjaya memenanginya. Berbeza sistem 3-4-3 yang diterapkan Chelsea, Spurs nampak lebih bertenaga menggunakan formasi ini. Pemain-pemain Spurs menggunakan pendekatan "high pressure" ke seluruh padang. Taktik sebegini menuntut komitmen yang tinggi pada setiap pemain dan ianya cepat meletihkan pemain jika kekurangan stamina.

Pemain-pemain Spurs berada setiap pelusuk padang untuk mengasak pemain Chelsea jika menerima bola. Mereka menunggu pemain Chelsea melakukan kesilapan dan terus melancarkan serangan balas jika berpeluang.

Pada perlawanan itu, kelemahan ketara Chelsea adalah diposisi pertahanan sayap. Spurs berjaya mengeksploitasi kelemahan itu dengan bantuan pemain sayap bertahan mereka dan dibantu perancang utama, Christian Eriksen.

Tugas Eriksen adalah untuk mencari ruang kosong dan menghantar bola kepada Alli seterusnya menghasilkan jaringan. Harry Kane pula ditugaskan untuk mengganggu rhytm pertahanan Chelsea supaya memudahkan tugas Alli. Kelihatan amat mudah dilihat tetapi agak sukar dilakukan. Ianya memerlukan keseimbangan dan kesefahaman diantara pemain dalam pasukan. Pada perlawanan tersebut, gandingan Eriksen dan Alli tampak berhasil.

Bagaimana Mourinho Mengalahkan Sistem 3-4-3 Conte?

Kunjungan Chelsea ke Old Trafford pada perlawanan Liga Perdana musim lalu juga  berakhir dengan kekalahan 0 - 2. Berbeza dengan Pochettino, Mourinho memulakan perlawanan dengan formasi 4-5-1. Meletakkan Rashford sebagai penyerang tunggal yang laju untuk serangan balas dan menggunakan Ashley Young dan Jesse Lingard sebagai pemain sayap bertahan.

Mourinho menerapkan sistem penekanan tinggi dibahagian pertahanan bawah. Ciri lain pula adalah Ander Herrera. Fungsi Herrera amat berhasil pada perlawanan itu. Beliau mengekori kemana sahaja Eden Hazard berada dan membataskan pergerakan Hazard. Berkemungkinan Jose menyedari punca serangan Chelsea bermula dari Hazard.




Tamat perlawanan, sistem tersebut ternyata berjaya kerana selain United memenangi perlawanan itu, Chelsea gagal mendapatkan walaupun satu cubaan tepat ke arah gawang United.

[Video] Aksi Herrera menentang Chelsea





Pada sidang akhbar selepas perlawanan itu, Mourinho berkata "Kami pergi ke Stamford Bridge pada perlawanan Piala FA dengan taktik yang sama dan permainan ini dikawal sepenuhnya ketika kami bermain dengan 11 pemain," katanya. "Persembahan ini sangat serupa pada hari ini, tetapi perbezaannya ialah kami mempunyai 11 pemain selama 90 minit."



Pada musim hadapan, sekiranya Manchester City dan Arsenal tampil dengan formasi yang sama, tidak hairanlah jika Mourinho menggunakan pendekatan yang sama pada Kevin De Bruyne atau Alexis Sanchez. Seperti yang beliau lakukan terhadap Eden Hazard.

Sistem "men-marking" yang diterapkan Mourinho setakat ini berjaya mengalahkan sistem 3-4-3 dengan berkesan. Tetapi beliau perlu bijak memilih pemain yang sesuai untuk berhadapan dengan sistem itu. Jika anda masih ingat, pada perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford, Jose tidak menurunkan Zlatan sebaliknya meletakkan Rashford sebagai penyerang tunggal. Rashford mempunyai kelajuan untuk membuat serangan balas berbanding Zlatan.

Selain itu, sesetengah pasukan menemui cara lain untuk mengalahkan sistem 3-4-3 Chelsea. Contohnya Crystal Palace. Mereka memperoleh kemenangan 2-1 keatas Chelsea pada bulan April di Stamford Bridge.



Pada perlawanan itu, Sam Allardyce menggunakan formasi 4-2-3-1. Formasi kebiasaan mereka. Melalui sistem ini, mereka hanya berada dikawasan sendiri dan menunggu Chelsea mengatur serangan. Mereka membentuk satu unit bertahan dengan baik untuk mematahkan serangan Chelsea dengan harapan memenatkan pemain Chelsea. Apabila mereka menyedari pasukan Chelsea seolah-olah buntu untuk menembusi pertahanan mereka, pada ketika itu mereka akan menyerang pertahanan Chelsea dengan pelbagai cara.

Tiga watak utama dalam perlawanan itu adalah Andros Towsend, Wilfried Zaha dan Christian Benteke. Ketiganya berjaya melemahkan struktur pertahanan Chelsea yang keletihan mencipta serangan. Jaringan yang dihasilkan adalah melalui serangan balas yang pantas.


Rumusan

Walaubagaimanapun, formasi 3-4-3 Antonio Conte mungkin taktikal yang berjaya pada musim 2016/17. Namun pada musim ini pengurus pengurus liga perdana pasti akan mengkaji bagaimana untuk mengatasi sistem itu. Menarik untuk menyaksikan permulaan musim baru liga perdana 2017/18.

Untuk rekod, pada perlawanan pra-musim Mourinho kerap menggunakan sistem 4-3-3, 4-2-3-1 dan 3-5-2. Berdasarkan pemain pemain yang ada, perlawanan United lebih menarik jika Mourinho menggunakan formasi 3-5-2 berbanding 4-3-3 yang agak membosankan.

Tetapi bagi Jose, beliau lebih mementingkan keputusan perlawanan berbanding permainan yang
cantik. Itulah perbezaan Mourinho dan Klopp.

Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan