Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

Guillem Balague : Robert Lewandowski mengadakan perbincangan dengan Manchester United semalam



Menurut pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague dari Sky Sports, Robert Lewandowski telah mengadakan perbincangan perpindahan dengan Manchester United baru-baru ini. 

Balague mengatakan Chelsea juga berminat dengan Lewa, seperti yang dilaporkan oleh Starsport awal hari ini.

Tetapi United mengatasi persaingan tersebut dan telah membuat langkah-langkah progresif ke arah mendapatkan pemain antarabangsa Poland itu.



Balague menulis di Twitter :

"Lewandowski tidak gembira di Bayern."

"Dia merasakan Carlo dan pasukan tidak cukup menyokongnya (termasuk membantu untuk menjadi penjaring gol terbanyak musim lalu)."

"Lewandowski: Kedua-dua kelab Chelsea dan MUFC telah bercakap dengan ejennya."

"London adalah destinasi pilihan, namun MUFC dilihat sangat berminat dan MUFC kelab terakhir yang melakukan perbincangan semalam."

Lewandowski melalui wakilnya secara terang terangan memberi tahu media tentang kekecewaan penyerang itu di Munich.

Penyerang itu juga berkata: "Saya tidak begitu gembira dengan pasukan saya."

"Saya kesal dan kecewa dengan sikap pasukan."

Wakil Lewa, Maik Barthel menambah: 

"Robert memberi tahu saya bahawa dia tidak mendapat sokongan penuh dari jurulatih (Carlo Ancelotti). Carlo tidak bersungguh mahu membantu Lewa memenangi gelaran penjaring terbanyak dalam perlawanan terakhir musim lalu

Untuk rekod, penjaring terbanyak Bundesliga pada musim lepas dimenangi oleh penyerang Dortmund - Pierre-Emerick Aubameyang. Auba menjaringkan 31 gol dan cuma berbeza 1 gol mengatasi Lewandowski (30).



Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan