Dengan spekulasi yang semakin hangat bahawa Dani Alves mungkin di ambang perpindahan ke Manchester City bersama Pep Guardiola, Juventus telah meningkatkan usaha mereka untuk mencari pengganti yang sesuai.
Laporan dari Gianluca Di Marzio mendakwa pemain pertahanan Itali dan Manchester United, Matteo Darmian berkemungkinan akan kembali ke kelab di negara kelahirannya
#Calciomercato | #Juventus, caccia al terzino: avviati contatti per #Darmian del #ManUtd https://t.co/q8yXAMKhWl— Gianluca Di Marzio (@DiMarzio) June 20, 2017
Pemain pertahanan yang boleh bermain di posisi kiri dan kanan itu beraksi sebanyak 29 kali untuk pasukan pertama United musim lalu. Akan tetapi kebanyakannya digunakan sebagai pemain gantian oleh Jose Mourinho.
Dengan Piala Dunia yang semakin dekat, peluang untuk diserap masuk ke skuad utama Italy pastinya menjadi satu keperluan buat Darmian.
Pemain berusia 27 tahun itu berusaha untuk menarik perhatian Mourinho, namun Bos United itu lebih memilih Antonio Valencia di posisi kanan United berbanding Darmian. Posisi bek kanan adalah posisi kegemaran Matteo.
Pemain pertahanan Brazil Alves, telah memohon untuk keluar dari pasukan Old Lady menjelang musim perpindahan musim panas ini. Alves baru semusim menyertai Juve dan telah berjaya membantu Old Lady merangkul kejuaraan Serie A dan melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara Juara. Namun dikecewakan Real Madrid dengan keputusan 1-4.
Alves sebelum ini pernah berkhidmat bersama Guardiola selama beberapa musim di Barca. Pastinya peluang untuk 'reunion' bersama bekas bosnya kali ini tidak akan dilepaskan.
Di Marzio juga melaporkan bahawa Juventus sedang mencari pengganti Alves. Selain Darmian, Juara Serie A itu juga menimbang bakal membawa masuk bek kanan AC Milan, Mattia De Sciglio dan João Cancelo dari Valencia.
Laporan menyebut, Lady Old telah memulakan langkah untuk membida Darmian pada minggu ini. Dengan bayaran £ 20m, Juve merasakan ianya cukup untuk membawa bek United itu ke Turin.
Darmian sebelum menyertai United telah bermain bersama Torino dari 2011 hingga 2015 dan selepas itu berhijrah ke pasukan Liga Perdana, Manchester United dengan nilai £12.7m
Comments
Post a Comment