Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

Manchester United menandatangani Victor Lindelof boleh mengakibatkan berakhirnya kerjaya salah seorang pemain pertahanan di Old Trafford

Victor Lindelof menjadi pemain pertama yang menyertai
skuad Jose Mourinho untuk musim baru yang akan datang dengan yuran perpindahan sekitar £30.9 juta (tidak termasuk bonus)

Bek tengah Sweden ini telah dipantau rapi sejak pintu perpindahan pemain pada Januari lepas. Namun United hanya mampu mendapatkan khidmatnya pada sesi perpindahan 2017/18 akan datang.
Yang pasti, Jose Mourinho sudah pasti dapat mengenalpasti siapakah yang akan berganding bersama Lindelof pada musim hadapan. Buat masa sekarang, pemain pertahanan tengah yang masih berada di United adalah Bailly, Phil Jones, Marcos Rojo, Smalling dan Blind. Mungkin gandingan favorite adalah Lindelof + Bailly.



Lindelof baru berusia 22 tahun. Bermain untuk Benfica selama beberapa musim dan sudah memenangi beberapa trofi kejuaraan. Kini, United akan mempunyai enam pemain senior yang mampu bermain di pertahanan tengah - tidak termasuk pemain berbakat Axel Tuanzebe yang dilihat belum bersedia untuk menjadi pemain utama United pada musim depan.

Berkemungkinan, langkah menghantar Tuanzebe ke pasukan lain sebagai pemain pinjaman adalah suatu tindakan yang tepat untuk memberikan lebih minit peluang bermain. Contohnya Nathan Ake (Chelsea) menunjukkan peningkatan selepas bermain secara pinjaman bersama Bournemouth pada musim lepas.
Tuanzebe dilihat akan meninggalkan Old Trafford secara pinjaman selepas kedatangan Lindelof.
Beliau berada dibangku simpanan semasa perlawanan akhir Liga Europa di Stockholm. Jose Mourinho melihat potensi yang ada pada Axel menyebabkan beliau menyenaraikan Axel di perlawanan akhir UEL walaupun sebagai pemain simpanan.

Daley Blind bermula sebagai pemain utama pada perlawanan akhir Liga Europa bergandingan dengan Chris Smalling. Blind adalah seorang pemain yang versatile. Beliau berkeupayaan untuk bermain bek kiri dan bahagian tengah pertahanan. Kebolehan membaca permainan yang agak baik walaupun kurang dari segi body challenge dan kelajuan

Namun kebiasaannya beliau mampu menjalankan tugas dengan baik jika diturunkan.
Bailly, pemain bernilai £30m dan menjadi pemain pertama yang menyertai United pada jendela perpindahan pemain pada musim lepas.

Persembahannya dalam tenpoh 12 bulan lepas adalah menakjubkan. Malah menerima pelbagai pujian dari penyokong, dan pemerhati bolasepak. Mempunyai kekuatan apabila bertahan, kerap memenangi perebutan bola diudara, acapkali membuat bentesan keras dan juga cepat recovery posisinya.

Marcos Rojo pula seolah-olah seperti dilahirkan semula setibanya Mourinho ke United. Permainannya nampak lebih solid jika dibandingkan semasa dibawah kendalian Van Gaal (2015/16). Peminat United menggelarnya pemain yang berani mati. Sanggup membuat apa saja supaya pertahanan United tidak bocor.
Walaupun kadang kala tindakannya agak bahaya melalui terjahan terjahan keras yang mampu dihukum oleh pengadil dengan layangan kad merah. Dikala prestasinya tengah memuncak, agak malang baginya kerana ditimpa kecederaan panjang sehingga habis musim 2016/17. Selain itu juga, pemain Argentina ini akan terlepas ke semua aksi untuk perlawanan pra-musim Manchester United di USA pada bulan Julai nanti.

Walau bagaimanapun, ramai peminat United beranggapan kedudukan Chris Smalling dan Phil Jones yang paling tergugat selepas ketibaan Lindelof. Dengan siri kekerapan kecederaan (Jones) dan persembahan yang tidak konsisten (Smalling), mereka diantara favorite senarai pemain yang bakal dijual oleh Mourinho.

Apa yang pasti, Mourinho ada jawapannya. Peminat United pasti tidak sabar untuk menanti ketibaan pemain pemain baru.

Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan