Manchester United menumpukan perhatian untuk menarik keluar Alvaro Morata dari Real Madrid daripada mengejar Cristiano Ronaldo.
Sejak keluar berita sensasi mengenai Ronaldo mahu meninggalkan Real, banyak pihak beranggapan United akan menjadi destinasi utama Ronaldo. Namun terkini dari UK, laporan menyebut United lebih berminat mendapatkan Morata.
Bos United, Jose Mourinho mahu menumpukan perhatian kepada sasaran awal mahu mendapatkan Morata daripada mengeluarkan belanja yang besar bagi menandatangi Ronaldo.
Morata pemain antarabangsa Sepanyol adalah pilihan yang lebih berbaloi dengan tag harga £ 65m disamping usianya yang masih muda. United perlu mengeluarkan belanja sebesar € 1billion jika berhasrat untuk mendapatkan Ronaldo seperti terkandung didalam klausa pelepasan kontraknya.
Dalam pada itu, Presiden Real Madrid Florentino Perez menyalahkan media selepas mencetuskan berita perpindahan Cristiano Ronaldo yang bersabit dengan pertikaian pengelakan cukai
Morata juga dilihat berminat untuk meninggalkan Bernabeu pada musim ini selepas gagal berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Real pada musim lalu. Dia menyertai semula Los Blancos dari Juventus dengan nilai £ 26m tahun lalu tetapi hanya memulakan 14 perlawanan liga serta menjaringkan 15 gol.
Walau bagaimanapun menurut Perez, United belum lagi membuat tawaran rasmi untuk Morata. Beliau memberitahu stesen Radio Onda Cero pada malam Isnin.
"Kami belum menerima tawaran daripada mana mana kelab untuk membeli pemain kami pada musim panas ini," katanya.
"Sehingga kini, tiada kelab yang menawarkan kepada kami untuk membida Cristiano, Morata dan James.
"Kami mempunyai pasukan hebat dan, apabila tiba masanya, kami akan memperbaikinya." tambahnya lagi.
Pemain antarabangsa Portugal Ronaldo berminat untuk meninggalkan juara La Liga itu selepas pihak berkuasa cukai Sepanyol memulakan penyiasatan ke atas urusan pengelakan cukai.
Gergasi Perancis, Paris Saint Germain kini dikatakan hanya satu-satunya pasukan yang menyatakan minat untuk mendapatkan Ronaldo.
Comments
Post a Comment