Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

Kenapa United dan Mourinho mahukan mereka?

Kenapa United dan Mourinho mahukan mereka?
Alvaro Morata
Penyerang Real Madrid yang mungkin tidak menjadi pilihan pertama di Real Madrid tetapi ada sedikit kelebihan yang beliau boleh lakukan untuk menarik perhatian peminat United. Walaupun bermula hanya 14 perlawanan La Liga beliau berjaya 15 gol musim lalu.
Andrea Belotti
'The Rooster' cemerlang di  Serie A musim lepas dan mencatat 26 gol dalam 35 penampilan untuk Torino. Dengan gayanya tersendiri pemain berusia 23 tahun itu telah melihat dia amat sesuai untuk posisi 'klasik' penyerang tengah berbanding pemain lain di England.
Ivan Perisic
Pemain sayap kiri mempunyai musim yang hebat untuk Inter Milan di mana dia menjaringkan 11 gol dan mencipta lapan peluang, mempunyai 'pace' dan 'width' yg bagus, kedatangannya ke Old Trafford sangat dialu-alukan.
Fabinho
Pemain tengah yg menjadi aset penting dalam musim yang luar biasa untuk Monaco di mana mereka memenangi Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
Dengan Michael Carrick mungkin tidak akan kekal lebih dari satu musim lagi, Fabinho boleh menjadi aset masa depan jangka panjang buat Manchester United.
Victor Lindelof
Pertahanan Sweden yg dikatakan 'The Next Nemanja Vidic ' oleh penyokong2 tegar MU ketika ini, kenapa perlu beli beliau? Yang kita tahu bahawa back four kita sejak akhir akhir ini kerap mengalami kecederaan.
Prestasi tidak konsisten oleh Chris Smalling kecederaan semula Phil Jones dan juga Marcos Rojo ini menyebabkan JM tidak mahu menghadapi risiko-risiko ini pada musim hadapan nanti. Gandingan dengan pertahanan dari Ivory Coast, Eric Bailly bakal mengancam penyerang penyerang EPL kelak.
SUMBER : GROUP WHATSAPP

Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan