Sergio Ramos tidak pasti sama ada Alvaro Morata akan berada di Real Madrid pada musim depan kerana Manchester United dilaporkan menghampiri pemain kelahiran Sepanyol itu. Morata dipercayai di ambang menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu selepas bergelut untuk mencari tempat dalam kesebelasan utama Madrid
Morata bersama Ramos |
Penyerang antarabangsa Sepanyol berusia 24 tahun itu hanya bermula 14 perlawanan liga, dengan Madrid memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara.Ditanya mengenai masa depan Morata selepas kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas Macedonia dalam kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi, kapten Madrid, Ramos, berkata:
"Ia akan dapat dilihat jika Morata meninggalkan pasukan".
"Saya mempunyai hubungan baik dengannya dan saya sentiasa mendoakan yang terbaik.
"Ia bukan keputusan saya jika dia kekal."
Morata menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan untuk Madrid, yang memenangi gelaran LaLiga pertama sejak 2012 dan menjadi pasukan pertama mempertahankan mahkota Liga Juara-Juara.
Comments
Post a Comment