Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah mengeluarkan satu kenyataan di mana dia secara terang-terangan menafikan dakwaan penipuan cukai yang tular di media sejak hari Selasa.
Jurulatih Portugal, yang pernah menetap di Sepanyol semasa mengendalikan pasukan Liga La Liga, Real Madrid dari 2010 hingga 2013, dikatakan telah menipu kerajaan Sepanyol £ 3 juta. Namun perkara tersebut dinafikan sekeras-kerasnya.
Laporan ini berikutan siri dakwaan ke atas bintang Madrid, Cristiano Ronaldo yang dilaporkan bakal menghadapi siasatan penipuan cukai. Tetapi Mourinho berusaha untuk menjauhkan diri dari segala polemik tentang pertikaian cukai tersebut. Menurut beliau, dia mendakwa tidak menerima apa-apa bentuk notis daripada pendakwa Kerajaan Sepanyol sehingga kini.
Laporan BBC menyebut: "Jose Mourinho belum menerima sebarang pendakwaan mengenai berita yang tular di media (pendakwaan cukai). Sehingga kini, pihak penguasa cukai Sepanyol telah menghubungi Jose Mourinho atau penasihatnya untuk proses semakan ekoran desas desus berita tersebut.
"Jose Mourinho, yang tinggal di Sepanyol sejak Jun 2010 hingga Mei 2013, membayar lebih daripada 26 juta euro pembayaran cukai. Kadar purata cukai melebihi 41 peratus".
"Kerajaan Sepanyol kebiasaannya, menerusi Jabatan Cukai akan mengeluarkan sijil bagi membuktikan bahawa seseorang individu itu telah melangsaikan setiap cukai yang dikenakan."
Penasihat Mourinho juga telah memuatnaik dokumen di Twitter seperti di bawah, dengan mendakwa ia membuktikan Jose telah membayar setiap cukai yang dikenakan semasa bermastautin di Sepanyol.
Dalam pada itu, Manchester United berdiri teguh di belakang pengurus mereka, dengan sumber kelab menyatakan:
"Pengurus mempunyai sokongan penuh dari pihak kelab dan kelab sentiasa akan bersama pengurus dalam apa jua situasi."
Mourinho memenangi Piala EFL dan Liga Europa bersama United musim lalu. Beliau berharap perkembangan terbaru ini tidak menjejaskan rancangannya untuk musim panas akan datang kerana dia akan berusaha untuk merangkul gelaran Liga Perdana dari Chelsea
Comments
Post a Comment