Jose Mourinho berazam untuk mengukuhkan barisan pertahanannya sekali lagi selepas berjaya mendapatkan Victor Lindelof.
Manchester
United telah membuat tawaran £ 30 juta untuk pemain bek kanan Benfica
Nelson Semedo, menurut laporan Daily Mirror. Barcelona juga mensasarkan
Semedo untuk dibawa ke Nou Camp pada musim depan
.
Sekiranya Semedo menyertai United, bintang Portugis itu akan menjadi pembelian kedua Jose Mourinho untuk musim panas ini. Minggu lalu, Red Devils telah berjaya mendapatkan khidmat bek tengah Sweden Victor Lindelof (juga dari Benfica) untuk harga yang sama.
Kepadatan jadual perlawanan pada musim lalu memberi tekanan kepada skuad United yang hanya bergantung kepada Antonio Valencia semata mata. Namun atas faktor umur yang makin meningkat, Mourinho melihat perlu ada pemain pelapis untuk menggantikan Valencia jika pemain itu keletihan, tidak sempat cergas atau melalui jadual perlawanan yang padat.
Mourinho bimbang jika United mengalami krisis kecederaan dibarisan pertahanan seperti musim lalu. Tambahan pula United perlu mengharungi kejohanan berprestij di Eropah (UCL) pada musim depan. Barcelona juga dikhabarkan turut bersaing untuk mendatangi pemain berusia 23 tahun itu. Namun sekiranya gagal, mereka untuk cuba mendapatkan pemain Arsenal, Hector Bellerin.
Comments
Post a Comment