Manchester United di ambang persetujuan mengenai yuran perpindahan Alvaro Morata bersama Real Madrid
Manchester United di ambang persetujuan mengenai yuran perpindahan Alvaro Morata bersama Real Madrid. Manchester United berada di ambang persetujuan yuran perpindahan dengan Real Madrid untuk Alvaro Morata, menurut laporan di Sepanyol.
Cadena SER mendakwa bahawa perjanjian itu menelan kos diantara £ 66.1 juta hingga £ 70.5m dan ianya dapat dimuktamadkan seawal hari Isnin ini waktu UK. Pemindahan itu akan mencatat rekod baru menjadikan Morata akan menjadi pemain Sepanyol yang paling mahal dalam sejarah, memotong perpindahan £ 50m Fernando Torres dari Liverpool ke Chelsea pada tahun 2011.
Laporan itu juga mendakwa bahawa objektif utama Morata untuk berpindah ke Old Trafford adalah untuk memastikan semula tempat didalam pasukan kebangsaan Sepanyol. Pemain berusia 24 tahun itu telah membantu Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara musim ini tetapi hanya bermula sebanyak 16 kali sebagai kesebelasan utama dalam kedua-dua pertandingan.
Pada hari Ahad, Marca melaporkan bahawa Jose Mourinho sendiri telah menghubungi Morata dengan memberi jaminan untuk menjadikan beliau sebagai pemain 'penting' dalam pasukan United untuk aksi musim baru yang akan datang.
Mourinho juga telah mendakwa penyerang itu telah bersetuju dengan kontrak lima tahun dengan United.
Comments
Post a Comment