Keinginannya untuk berada dalam kesebelasan utama dan mempunyai lebih minit permainan adalah penyebab utama Josh Harrop menolak kontrak lanjutan di United.
Harrop (21) menyertai New Preston North End secara percuma selepas kontraknya berakhir hujung bulan ini. Namun United bakal menerima pampasan dari Preston untuk pemain yang berada dibawah umur 24 tahun jika berhijrah secara percuma.
Harrop menikmati debut yang fantastik untuk pasukan utama United pada perlawanan terakhir Liga Perdana bulan lalu di Old Trafford. Pada debut impiannya itu, dia berjaya menjaringkan satu gol ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace.
Tetapi pemain tengah menyerang ini telah memilih untuk berhijrah pasukan Liga Championship musim depan. Jelas Harrop, beliau tidak kisah meninggalkan Liga Perdana untuk bermain Liga Championship demi memastikan kedudukannya dalam kesebelasan utama terjamin.
Harrop turut mengesahkan United memang menawarkannya kontrak baru padanya. Namun keinginan untuk bermain lebih minit permainan mendorongnya meninggalkan pasukan Jose Mourinho itu.
"Saya berusia 21 tahun dan saya yakin pada diri sendiri. Saya perlu kerap bermain untuk pasukan utama dan Preston North End mampu memberikan peluang itu kepada saya. ," katanya kepada laman web Preston.
"Jika di United, tempat untuk saya (kesebelasan utama) tidak terjamin. Walaupun mereka menawarkan saya kontrak baru, sangat jelas di dalam kontrak peranan saya hanyalah sebagai pemain pelapis atau back-up player. Minit masa permainan juga adalah terhad. Jadi saya tidak mahu mengambil risiko pada usia saya sekarang."
"Saya perlu berhijrah untuk membuktikan kemampuan yang ada pada diri saya dan berusaha melakukan apa yang saya mampu."
"Agak menyedihkan bagi saya untuk meninggalkan United selepas beberapa tahun berada di sana, tetapi saya yakin dengan keputusan saya dan tahu tindakan ini (berhijrah) adalah tepat."
"Saya meninggalkan pasukan impian saya. Ia adalah cita cita saya (berada di United) sejak saya masih kecil dan kini saya perlu maju ke hadapan demi kerjaya," katanya.
"Saya berada di sini (Preston) sekarang dan merasa amat lega. Saya akan belajar dan melakukan yang terbaik untuk kerjaya dan juga kelab."
Comments
Post a Comment