Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2017/18 membabitkan Man Utd telah dikeluarkan.
Manchester United akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris menentang West Ham di Old Trafford.
Tugasan pertama Jose Mourinho untuk memenangi gelaran pertamanya bersama United bermula di Old Trafford pada 12 Ogos menentang pasukan Slaven Bilic.
Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris telah dikeluarkan, dengan United menghadapi saingan yang agak mudah apabila bermulanya kempen Liga Perdana.
Mereka tidak akan menentang mana-mana enam pasukan teratas liga musim lalu sehingga mereka berkunjung ke Anfield untuk bermain melawan Liverpool pada 14 Oktober.
Derby pertama pula pada 9 Disember apabila mereka menjadi tuan rumah melayan pasukan Pep Guardiola Manchester City di Old Trafford.
Perjalanan berliku bermula selepas perlawanan menentang Liverpool apabila United akan berdepan Tottenham di Old Trafford (28 Oktober) dan diikuti bertemu penyandang juara Chelsea pada (November 4) dalam dua daripada tiga perlawanan berikutnya.
Permulaan Disember pula United bakal menghadapi lawan sukar untuk dua perlawanan berturut-turut. United akan bertemu Arsenal (2 Disember) di Emirates serta bertemu City (9 Disember) di tempat sendiri.
Penyokong United mungkin menarik nafas lega untuk perlawanan Boxing Day dimana United akan menentang Burnley (26 Disember) di Old Trafford dan menyambut tahun baru 2018 melayan Everton di kandang lawan.
Derby kedua pula dijadualkan pada (7 April) di Etihad, dengan United juga perlu menghadapi Arsenal bulan bulan yang sama (28 April). Untuk perlawanan terakhir musim 2017/18 akan berakhir pada 13 Mei di Old Trafford untuk melayan kunjungan Watford.
Mourinho bertekad untuk memenangi kejuaraan keempat di Liga Perdana selepas berjaya memberikan tiga gelaran juara liga sepanjang berada di Chelsea.
Musim pertamanya di United, Mourinho berjaya memenangi dua trofi dalam EFL Cup dan Europa League, serta membimbing kelab itu kembali ke Liga Juara - Juara. Tetapi cabaran untuk memburu gelaran liga perdana musim lalu agak ketinggalan jauh dengan United menamatkan 24 mata di belakang pasukan Antonio Conte - Chelsea.
Beliau menyasarkan empat pemain untuk dibawa masuk pada musim yang akan datang bagi menjadikan pasukannya sebagai pesaing utama kejuaraan. CEO United Ed Woodward telah berjaya memeterai perjanjian £ 30.7m pemain pertahanan Benfica Victor Lindelof.
United berharap untuk melengkapkan seorang lagi pemain dengan menandatangani penyerang Real Madrid Alvaro Morata dan Mourinho juga telah mensasarkan pemain tengah dan pemain sayap sebagai sebahagian daripada rancangan pada musim panas ini.
*Jadual tertakluk kepada perubahan untuk tujuan penyiaran dan pertandingan Eropah.
UNITED'S PREMIER LEAGUE FIXTURES 2017/18
Comments
Post a Comment