Wayne Rooney sudah tidak lagi menyarungkan jersi Manchester United selepas kembali ke klub masa kanak kanaknya Everton. Rooney seperti akan mengakhiri kariernya di sana.
Rooney memulakan kariernya dari akademi Everton. Kemudiannya pindah ke Old Trafford pada usia 18 tahun dan mencipta sejarah hebat selama 13 tahun di Manchester.
Kini Rooney menjadi sebagai salah satu pemain Manchester United yang meneruskan karier ke Everton. Selain dari Rooney siapakah pemain MU yang turut ke everton? Sumber dari Sportskeeda, ex player yang tersenarai:
Bermula dengan Phil Neville
1. Phil Neville
Phil Neville adalah salah satu anggota Class of 92 Manchester United yang sangat terkenal. Menjadi kekuatan pasukan utama united sebelum akhirnya menyertai Everton pada 2005.
Setelah tidak masuk dalam rancangan Sir Alex Ferguson, Neville kemudian membuat lebih daripada 200 penampilan untuk pasukan Merseyside. Mempunyai peranan yang sangat penting di Goodison Park sehingga terpilih sebagai kapten pasukan oleh David Moyes.
Adik kandung Gary Neville itu memutuskan untuk bersara pada 2013 dan mempunyai kerjaya yang cukup bagus selepas meninggalkan Manchester United.
2. Andrei Kanchelskis
Andrei Kanchelskis merupakan salah satu winger terbaik yang pernah bermain untuk Sir Alex Ferguson. Pernah memakai jersi nombor 7 dan membuat 123 penampilan selama empat tahun di sana.
Setelah bertengkar dengan Fergie pada 1995, kerjaya Kanchelskis di Old Trafford automatik berakhir. Tawaran dari Middlesbrough ditolak tetapi ia kemudian berpindah ke Everton.
Pemain Rusia itu menjadi pembelian termahal Everton dengan kontrak di Goodison Park selama dua tahun. Kanchelskis mencetak 20 gol dari 53 penampilan untuk The Toffees sebelum mengundurkan diri ke Fiorentina.
3. Jesper Blomqvist
Jesper Blomqvist menjadi permulaan untuk Manchester United di perlawanan final Liga Juara Juara 1999 menentang Bayern Munich. Pemain Sweden itu termasuk pemain yang cukup penting untuk united dan sering bertindak sebagai pelapis yang bagus untuk Ryan Giggs selepas menyertai dari Parma pada 1998.
Blomqvist mengalami kecederaan lutut yang teruk sehingga menamatkan kariernya di Old Trafford. Sir Alex Ferguson kemudian menjualnya ke Everton dan berada di Goodison Park selama satu musim.
Setelah itu Blomqvist meneruskan kerjayanya bersama Charlton Athletic sebelum memutuskan bersara pada 2010 bersama Hammarby IF.
4. Morgan Schneiderlin
Morgan Schneiderlin datang ke Manchester United bersama dengan Bastian Schweinsteiger. Kedatangan pemain Perancis itu tentu saja diharapkan untuk menggantikan Michael Carrick yang sudah agak berusia.
Namun, sama seperti Schweinsteiger, bekas pemain Southampton itu tidak mampu menembusi pasukan utama united. Kedatangan Paul Pogba semakin membuat Schneiderlin tidak punya tempat di Old Trafford.
Jose Mourinho kemudian menjual Schneiderlin ke Everton pada Januari 2017. Schneiderlin mampu membangkitkan kerjayanya di Goodison Park tapi mungkin ia bakal dianggap sebagai salah satu pembelian terburuk MU.
5. Tim Howard
Manchester United membuat kejutan apabila membida Tim Howard dari kelab MLS Metrostars. Pemain Amerika Syarikat itu ditebus dengan bayaran 4 juta dollar untuk menggantikan Fabien Barthez dan kemudian menjadi pelapis Edwin van der Sar.
Tak pernah dimainkan kerana prestasi buruk pada tahun 2006, Howard kemudian dipinjamkan ke Everton. Setelah tampil 25 kali sepanjang musim 2006/07, status Howard terus menjadi kekal.
Howard menghabiskan sembilan musim bersama The Toffees sehingga sering dianggap legenda di Goodison Park. Pemain berusia 38 tahun itu memutuskan kembali ke Amerika Syarikat pada 2016 dengan menyertai Colorado Rapids dan masih berada di sana sehingga sekarang.
Comments
Post a Comment