Perpindahan Ivan Perisic ke Manchester United kini boleh dianggap tidak mungkin berlaku selepas Inter Milan gagal menjual salah seorang pemainnya.
Inter Milan perlu memperolehi pendapatan hasil dari bola sepak dengan nilai sekurang-kurangnya €30 juta sebelum 30 Jun (semalam) jika tidak mahu dikenakan tindakan sekatan dari UEFA - Financial Fair Play (FFP).
Inter sebelum ini dinasihatkan untuk menjana keuntungan bagi menstabilkan perbelanjaan mereka. Ianya tidak semestinya hasil melalui penjualan pemain. Mereka boleh memperolehi keuntungan melalui aktiviti mereka dalam bola sepak.
Tetapi, penganalisa sukan berpendapat, menjual pemain dengan harga €30 juta keatas adalah kaedah yang paling mudah untuk Inter Milan mengelakkan diri dari dikenakan sekatan oleh UEFA - FFP.
Menurut Di Marzio, walaupun Inter bakal berdepan dengan masalah FFP, mereka tetap masih menunggu United mengemukakan tawaran baru.
Inter Milan tetap mahukan € 50 juta untuk Perisic dan tiada kesepakatan telah dibuat selepas United menolak untuk memenuhi harga itu.
Di Marzio menambah, Inter berminat untuk menandatangani Matteo Darmian namun sedang menunggu mengenai perpindahan Perisic ke United selesai terlebih dahulu.
#Calciomercato | #Perisic-#Darmian, il punto tra #Inter e #ManchesterUnited 👉 https://t.co/U0gnZKegYf pic.twitter.com/MdNZ93smLw— Gianluca Di Marzio (@DiMarzio) June 30, 2017
"Inter boleh menunggu selagi mereka mahu. Namun jika United tidak mahu memenuhi permintaan € 50 juta untuk Perisic, apakah langkah yang perlu diambil Inter Milan?"
"Inter sedang bermain dalam "permainan" yang agak bahaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah UEFA - FFP jika menerima tawaran asal United namun mereka menolaknya. Kini mereka bakal berdepan tindakan dari UEFA selepas gagal menstabilkan akaun mereka sebelum 30 Jun. Malah mereka memerah United untuk menjual pemain yang dikehendaki Mourinho dengan harga tinggi."
"Secara peribadi, saya berfikir Mourinho bakal mempunyai alternatif lain untuk Perisic. Ed Woodward pasti akan memilih calon selain Perisic jika Inter masih berkeras mengenai harga pemain sayap itu."
"Pada musim panas yang lalu, kami mendapat info yang tepat untuk semua ke empat empat pemain yang diperlukan Mourinho. (Bailly, Pogba, Mhki, Zlatan). Tetapi kali ini kelihatan aktiviti pemindahan pemain ke United mungkin sedikit berbeza."
"Yang pasti, Mourinho dan Woodward mempunyai pelbagai alternatif lain jika gagal mendapatkan sasaran utama mereka."
- Di Marzio / Italian Journalist
Comments
Post a Comment