Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

Marcus Rashford Bersedia Untuk Bersaing Dengan Lukaku.



Sky Sports melaporkan The Red Devils telah bersetuju dengan harga £ 75 juta bersama Everton untuk mendapatkan Romelu Lukaku.
Namun, Rashford dilihat langsung tidak tergugat dengan kehadiran bakal penyerang prolifik dari Everton itu.
Dalam satu status di Twitter, Marcus Rashford telah memuatnaik video sesi latihan kecergasan di gym dan di padang latihan.
Video berdurasi 1.00 minit itu memaparkan kegigihan beliau berlatih bagi meningkatkan kecergasannya sebagai persiapan musim baru bersama United 2017/18.



Bintang bola sepak Manchester United telah  menjadi sebahagian utama dalam perancangan Jose Mourinho pada perlawanan perlawanan terakhir United pada musim lepas.
Rashford bingkas memanfaatkan peluang untuk mengemudi bahagian serangan United selepas Zlatan mengalami kecederaan serius. Beliau berhasil menjaringkan 11 gol dalam 53 penampilan.
Zlatan memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya yang berakhir 1 Julai lepas dan ini memberi harapan baru untuk Rashford merebut tempat dalam kesebelasan utama United pada musim depan.
Penyerang antarabangsa England itu memuatnaik video latihan menguatkan otot kaki, menguji kepantasan dan latihan pengawalan bola.



Walaupun laporan dari Sky Sports dan BBC mendakwa Red Devils telah bersetuju dengan perjanjian £ 75 juta dengan Everton untuk Romelu Lukaku, Rashford bersedia menghadapi persaingan untuk peranan dibahagian penyerang Manchester United.

Berdasarkan persiapan awal Rashford, bintang Belgium mungkin bakal menghadapi persaingan sihat di United kelak. 
Dan ini adalah berita baik untuk skuad Manchester United. The Red Devils bakal mempunyai dua penyerang yang berbakat. Seolah-olah mengimbas kembali zaman kegemilangan Dwight Yorke dan Andy Cole.

#Glory Glory Man United

Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan