Manchester United telah mengemukakan tawaran untuk kali kedua bagi mendapatkan Ivan Perisic, menurut wartawan Itali Gianluca Di Marzio.
Perisic 28, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas ini. Jose Mourinho melihat pemain itu mampu menyelesaikan masalah di barisan serangan United menjelang musim depan.
Mourinho sudah lama meminati pemain antarabangsa Croatia ini. Dijangka akan berusaha untuk mendapatkan Perisic.
Pada awalnya, Inter telah menolak tawaran £ 26 juta dari Manchester United. Presiden Inter menuntut bayaran £ 44 juta jika United serius mahu mendapatkan pemain sayap kelab itu.
Pasukan Serie A sebelum ini telah dikenakan denda oleh UEFA - Financial Fair Play sebanyak £ 30 juta.
Tetapi kini diberitakan, mereka telah melunaskan denda tersebut dan dilihat tidak lagi tergesa-gesa untuk menjual salah satu aset berharga mereka.
Walau bagaimanapun, Di Marzio mengatakan United menyambung semula rundingan dengan Inter semalam untuk bertanya mengenai Perisic.
The Red Devils pada mulanya tidak mahu melayan permintaan harga yang diminta Inter. Ed Woodward menilai pemain berusia 28 tahun itu berharga tidak lebih £ 26 juta.
Tetapi Di Marzio menegaskan United kini telah bertolak ansur dan menaikkan tawaran mereka kepada £ 35 juta.
Tawaran terbaru ini masih belum cukup untuk Inter melepaskan Perisic. Mereka tetap mahukan £ 44 juta.
Mourinho berhasrat untuk menyelesaikan perpindahan pemain lebih awal. Tetapi setakat ini hanya berjaya membawa seorang daripada pemain sasarannya iaitu Victor Lindelof dari Benfica.
Kesepakatan untuk menandatangani penyerang Real Madrid, Alvaro Morata juga dikatakan semakin hampir dengan perpindahannya bakal diumumkan secara rasmi pada hari Khamis.
Inter menamatkan kempen di Serie A musim lepas untuk berada ditempat ketujuh. Perisic adalah nadi utama Inter selepas meledak 11 gol dan menghasilkan 11 bantuan gol.
KENAPA MOURINHO MAHUKAN PERISIC? TONTON VIDEO DIBAWAH
KENAPA MOURINHO MAHUKAN PERISIC? TONTON VIDEO DIBAWAH
Comments
Post a Comment