Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

Saya Memilih Morata Berbanding Lukaku - Mina Rzouki



Wartawan Wanita Ini Memberi Pendapatnya Mengenai Lukaku dan Morata

"Jika ditawarkan pilihan antara Morata dan Lukaku, saya tidak akan berfikir panjang, saya akan membayar lebih £ 20 juta atau £ 30 juta jika saya perlu untuk membawa Morata ..."

Sebelum itu, siapakah Mina Rzouki?
 
Beliau adalah seorang wartawan bebas yang pakar mengulas tentang bola sepak. Tumpuan khasnya ialah kepada perkembangan liga Eropah, khususnya Serie A. 

Sebelum ini dia telah dijemput ke pelbagai media di seluruh dunia termasuk BBC, CNN, ESPN, TRT World dan BT Sport untuk memberikan pandangan.


Seperti kebanyakan penganalisis bola sepak, beliau kebiasaannya memberi pandangan secara berterus terang, mengikut apa yang logik pada fikirannya, dan boleh berbeda pendapat serta perdebatan.

Rzouki muncul di radio BBC 5 Live pada petang Selasa dan ditanya tentang pendapatnya tentang dua pemain yang dikaitkan dengan Manchester United iaitu Romelu Lukaku dan Alvaro Morata. 

Ulasannya nampak keras dan mungkin agak mengejutkan.




Dia menyatakan bahawa baginya Morata pilihan utama beliau berbanding Lukaku. Beliau berkata Morata mempunyai ciri ciri penyerang sebenar yang di cari United. Morata menjaringkan 20 gol musim lalu walaupun bermula di bangku simpanan. Selain itu, Morata pemain berpengalaman dan telah membuktikan keupayaannya di Juventus serta pernah beraksi di peringkat tertinggi Liga Juara Juara.

Berbanding Lukaku, Mina Rzouki berpendapat penyerang baru United itu hanya mengharapkan saiz fizikal yang kuat untuk bermain bola sepak. Beliau tidak sepintar Morata yang pantas mencari ruang dan peluang. Baginya, Lukaku hanya menunggu dan terus menunggu bantuan dari rakan rakan dalam pasukan. Lukaku tidak mampu bergerak sendirian.

DARI PERSPEKTIF UNITED HIGHLIGHTS

Anda mungkin tidak bersetuju dengan ulasannya dan percaya dia hanya mahukan perhatian apabila mengulas tentang Manchester United. Kenyataannya dilihat seperti tidak menghormati keupayaan yang ada pada Lukaku. Namun kita boleh berbeza pendapat.

Walaupun Mina Rzouki adalah pakar analisis bola sepak Eropah, tetapi tidak semestinya setiap pandangannya tepat 100%. Kebiasaannya pandangan yang dilontarkan beliau berdasarkan logik dan pengalaman dari musim lalu.

Sebagai penyokong United, kita percaya kepada kemampuan Lukaku. Mourinho tidak akan berbelanja besar untuk Lukaku jika beliau tidak yakin dengan kemampuan peledak Belgium itu. Mourinho tahu apa yang beliau bakal perolehi dari Lukaku.

Satu perbandingan mudah, pada musim lepas Lukaku dibantu Barkley, Mirallas, Barry dan Bolasie dibahagian tengah. Hasilnya Lukaku menjaringkan 25 gol.

Kini di United, Lukaku bakal beraksi bersama pemain berkelas dunia seperti Pogba, Herrera, Mkhitaryan, Mata di posisi tengah. Adakah Mina Rzouki tidak yakin Lukaku mampu menghasilkan banyak jaringan? 

Perlu dipahami, Liga Perdana Inggeris adalah liga yang paling mencabar di dunia. Dan ini diakui oleh semua jurulatih terkemuka termasuk Pep Guardiola.

Romelu Lukaku sudah membuktikan keupayaannya di Liga Perdana. Beliau menghasilkan banyak gol di Everton. Sudah pasti beliau tidak perlukan banyak masa di United untuk menyesuaikan diri berbanding jika United menandatangi Morata. 

Kebanyakan pemain dari liga luar jika beraksi di Liga Perdana perlukan masa untuk mencapai rentak sebenar. Contohnya, Mkhitaryan pada musim lalu. United kini tidak lagi mahu membuang masa.

Perlawanan pembukaan menentang West Ham Ogos ini adalah misi untuk mengutip tiga mata penuh. Sekarang bukan masanya untuk memberi peluang pemain baru mencari rentak permainan. Terutamanya dibahagian serangan. United perlukan gol dan mata maksimum setiap perlawanan.
Dengan berbelanja beratus ratus juta pada tiga musim terakhir ini, United perlu mencabar setiap kejuaraan yang dipertandingkan. Jadi setiap perlawanan yang diharungi perlu disudahi dengan kemenangan dan memperolehi tiga mata. 


Sasaran hanya untuk merebut empat tempat teratas tidak relevan untuk pasukan seperti Manchester United.
United adalah 'Big Club' di England. United sudah memenangi kesemua kejuaraan yang dipertandingkan di Eropah sebelum ini. Sudah semestinya United perlu meletakkan target yang tinggi untuk musim musim mendatang.

*Ralat : Mina Rzouki dan Mino Raiola bukan adik beradik 😂


Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan