Real Madrid akan membida David De Gea selepas Manchester United menandatangani Alvaro Morata.
Starsport melaporkan, Red Devils semakin dekat untuk mendapatkan Morata. Dikhabarkan, pemain antarabangsa Sepanyol itu bakal menyertai United awal Julai ini selepas pulang dari percutian bulan madu.
Pemain berusia 24 tahun itu menyatakan hasrat untuk keluar dari Bernabeu selepas gagal berjuang mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah pengurus Zinedine Zidane.
Walau bagaimanapun, menurut penganalisis sukan dari Sepanyol Don Balon, langkah Morata ke United boleh menjadi berita buruk untuk United.
Beliau merasakan bahawa Real akan cuba memancing De Gea selepas Morata secara rasmi berpindah ke Old Trafford.
Don Balon juga memberi tahu, Florentino Perez bakal melepaskan penyerang itu menyertai United dengan bayaran dibawah £70 juta tetapi berharap Mourinho sanggup membiarkan De Gea ke Madrid.
#Florentino Pérez pone fecha al fichaje de David #DeGea por el #RealMadrid - https://t.co/enmxzSURDG pic.twitter.com/6AzsKakpgp— Don Balon España (@donbalon_com) June 30, 2017
Pemain berusia 26 tahun itu hampir menyertai juara UCL itu pada 2015 tetapi akibat mengalami "masalah" mesin faks, usaha tersebut gagal direalisasikan.
Laporan juga menyebut, United bersedia untuk mendapatkan penjaga gol Manchester City, Joe Hart jika De Gea berpindah ke Real Madrid.
Hart, 30, menghabiskan aksi musim lalu di Torino sebagai pemain pinjaman selepas beliau tiada dalam perancangan untuk skuad Pep Guardiola. Dengan ketibaan penjaga gol baru dari Benfica, jodoh Joe Hart bersama Man City mungkin bakal berakhir.
Comments
Post a Comment