Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

Luke Shaw Berharap José Mourinho Memberi Peluang Untuk Membuktikan Kebolehannya

• Pengurus Manchester United memberi kritikan pedas terhadap prestasi bek kiri itu pada musim lalu

• Shaw belum mencapai tahap kecergasan yang optimum ketika United kini sedang melakukan persiapan menghadapi LA Galaxy

Luke Shaw akan diberikan peluang untuk membuktikan dirinya sebagai pilihan utama bek kiri Manchester United. José Mourinho melihat perubahan sikap dan kegigihan pemain pertahanan kiri Red Devils itu.

Pada musim lalu, Mourinho agak bimbang tentang kecergasan Like Shaw dan ini mencetuskan keraguan mengenai masa depan pemain bek kiri itu di United.

Shaw telah bersama Manchester United sejak tiga tahun lalu selepas tiba dari Southampton pada musim panas 2014.

Sepanjang bersama United, Shaw telah mengalami 17 siri kecederaan. Ianya termasuk rehat panjang berikutan insiden ngeri patah kaki semasa perlawanan menentang PSV September 2015.

Musim lalu, Mourinho telah mempersoalkan tentang tahap kecergasan Luke Shaw. Mourinho berpendapat Shaw banyak ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding rakan rakan yang lain dalam skuad United. Selain itu, Mourinho menganggap Shaw gagal untuk memahami sistem permainan yang diterapkannya.

Shaw yang berusia 22 pada hari Rabu lalu, menyertai kem latihan di USA bagi persiapan pembukaan pra-musim Manchester United. Mereka akan menentang LA Galaxy pada hari Sabtu.

Shaw kini sedang meneruskan siri pemulihan  kecederaan ligamen pada buku lali yang berlaku bulan April lalu. Semasa sesi latihan pertama pada hari Isnin, Shaw melatih bersendirian dan tidak bersama pasukan utama di kompleks UCLA di Westwood.

Namun terdapat sedikit harapan walaupun tipis, bahawa Shaw mungkin menjadi pilihan Mourinho untuk perlawanan pembukaan menentang West Ham United di Old Trafford pada 13 Ogos ini.

Jika sempat cergas sepenuhnya, Mourinho dijangka akan memillih Shaw untuk posisi bek kiri kerana melihat bakat dan kemampuan yang ada padanya.

Harus diingat, Shaw baru menginjak ke usia 22 tahun. Sudah pasti Mourinho dapat mengesan potensi yang ada pada pemain muda itu. Mourinho berpendapat masa depan depan Shaw agak cerah jika beliau berusaha gigih setiap hari.

Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan