ADIDAS berada di belakang tabir dalam usaha Manchester United mendapatkan bintang Real Madrid, James Rodriguez, menurut laporan dari Sepanyol.
Manchester United menolak peluang untuk menandatangani Rodriguez pada 2010 dan 2013.
Tetapi, dengan kehadiran Jose Mourinho sebagai pengurus, United bertekad untuk merekrut pemain antarabangsa Colombia itu.
Express Sport dipahamkan, United berazam untuk membida Rodriguez dan akan mempercepatkan usaha selepas membenarkan kapten kelab Wayne Rooney menyertai semula bekas kelab lamanya, Everton.
Rooney telah meninggalkan jersi No10 Red Devils. Pemain baru United, Romelu Lukaku pula memilih untuk mengenakan jersi No9 yang sebelum ini dipakai oleh Zlatan Ibrahimovic.
Media Sepanyol, Diario Gol mendakwa penaja utama United, Adidas mendesak United mendapatkan Rodriguez dan memberikannya jersi 10 kelab itu.
#James RodrÃguez cierra su salida del #RealMadrid (y el destino final es un bombazo) https://t.co/EBkAThQKjE pic.twitter.com/89PoC1afW4— diarioGOL (@diarioGOLcom) July 11, 2017
Tindakan Adidas ini dilihat sebagai langkah untuk mendapat keuntungan besar hasil dari jualan jersi bakal pemilik no 10 tersebut.
Pemain berusia 25 tahun itu kelihatan bersedia meninggalkan Bernabeu selepas hanya bermula 13 perlawanan liga di bawah pengurus Zinedine Zidane pada musim lalu.
Zidane meminggirkan Rodriguez dalam kesebelasan utama sejak pemain itu datang tiga tahun lalu. Real Madrid membelanjakan sebanyak £ 60 juta untuk menandatanganinya dari Monaco.
United bertekad untuk menyelamatkan Rodriguez dari mimpi ngeri di Real. Laporan itu mengatakan Adidas amat berminat dengan idea membawa Rodriguez ke United.
Diario Gol menambah,gergasi Bundesliga Bayern Munich juga dijangka melancarkan tawaran untuknya.
Walau bagaimanapun, pasukan Carlo Ancelotti tidak dapat menjamin minit permainan yang sama seperti United bakal tawarkan.
Dengan adanya pemain seperti Arjen Robben, Ribery, Alcantara, Muller, Coman dan Costa bererti James berkemungkinan bakal menjadi pilihan kedua dan akan kerap memanaskan bangku simpanan.
Comments
Post a Comment