Ejen Wayne Rooney telah mengadakan perbincangan dengan pengerusi Everton mengenai kepulangan bekas pemain kelab itu ke Goodison Park
Kapten Manchester United kelihatan bersedia meninggalkan Old Trafford untuk kembali ke Everton, selepas 13 tahun bersama Red Devils.
Ejen Wayne Rooney dilihat telah bertemu dan berbincang dengan Pengerusi Everton, Bill Kenwright pejabatnya di London semalam
.
The Reds ingin melepaskan Rooney secara tetap. Namun ketidakupayaan Everton untuk membiayai gaji Wazza yang terlalu besar telah menyebabkan Everton dan United bersepakat menyelesaikan perpindahan Rooney ke Everton secara pinjaman.
Di dalam perjanjian tersebut, Everton dilaporkan akan membayar separuh daripada gaji yang diterima Rooney sekarang di United. Perjanjian ini akan berjalan sehingga baki kontrak Rooney tamat dengan United pada musim panas yang akan datang.
Ini bermakna, musim 2018/19 Rooney akan menyertai Everton secara percuma selepas kontraknya bersama United tamat secara rasmi.
Dengan situasi terkini, Rooney hampir pasti tidak akan bersama skuad United yang akan terbang ke lawatan pra-musim di Amerika Syarikat pada Isnin depan.
Ronald Koeman sebelum ini tidak berselindung meminati kapten United. Beliau sudah lama amat mengagumi kehebatan penjaring gol terbanyak untuk Manchester United dan England itu.
Setakat ini, Everton telah membelanjakan hampir £ 100million untuk persediaan musim akan datang. Malah Koeman masih belum puas berbelanja.
Dikhabarkan selain Rooney, beliau akan cuba merekrut pemain Swansea, Gylfi Sigurdsson dan Olivier Giroud bagi memantapkan skuadnya.
Thank you Rooney. Thank you for everything. 🔴 pic.twitter.com/Nh7moDi1R5
— Man Utd FF (@ManUtdFF) July 5, 2017
Comments
Post a Comment