Adidas Melancarkan Jersi (HOME) terbaru untuk Man Utd 2017/18
- Kit (home) terbaru ni mempunyai reka bentuk yang baru dengan kolar berbutang
- Kit ini secara rasmi akan dipakai untuk kali pertama semasa perlawanan pra-musim USA Tour
Adidas Football semalam (03 Julai) melancarkan kit (home) Manchester United untuk musim 2017/18. Meraikan tahun ketiga kelab itu dengan adidas, kit tersebut telah diperagakan oleh bintang bintang United. Antaranya Juan Mata, Jesse Lingard, Wayne Rooney, Mkhitaryan, Paul Pogba dan pemain yang baru ditandatangani, Victor Lindelof.
Jersi tuan rumah terbaru ini juga mempunyai reka bentuk yang minimalis dan canggih serta mengambil inspirasi daripada beberapa kit klasik pada musim musim terdahulu.
Pada masa yang sama, jersi terbaru ini menampilkan reka bentuk terkini yang bersesuaian dengan teknologi sekarang melalui kualiti fabriknya yang tampak selesa dan menarik.
Kit ini mempunyai butang berkolar yang baru. Menawarkan reka bentuk elegan dan kontemporari. Tidak dilupakan elemen tradisi adidas dengan tiga jalur berwarna putih di bahu
Warna pada lengan pula diterapkan dengan warna merah, putih dan hitam untuk mewakili warna bendera Manchester United.
Untuk pertama kalinya, kit terbaru ini akan mula dipakai semasa persediaan pra-musim, ketika perlawanan Red Devils bertemu LA Galaxy pada 15 Julai 2017 sempena USA Tour nanti.
Terdapat juga jersi berlengan panjang yang akan dijual, serta baju yang direka khusus untuk wanita dan kanak-kanak.
Gallery kit terbaru 2017/18
Gallery kit terbaru 2017/18
Comments
Post a Comment