Paul Pogba dan Romelu Lukaku berlatih bersama-sama di Los Angeles ketika penyerang Everton itu dikaitkan dengan perpindahan £ 75 juta ke Manchester United.
United semalam dilaporkan bersetuju dengan harga yang diminta Everton. Difahamkan pemain antarabangsa Belgium akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Amerika Syarikat pada hari ini.
Lukaku dijangka kembali ke Everton untuk memulakan latihan pra musim tetapi laporan terkini menyebut, penyerang itu akan kekal di LA untuk menyertai pasukan Jose Mourinho.
Skuad United akan terbang ke Amerika Syarikat pada hari Ahad untuk memulakan aksi pra-musim mereka disana.
Sebelum ini, Chelsea berada di kedudukan teratas untuk menandatangani pemain berusia 24 tahun. Tetapi kini, United pula berada mendahului posisi tersebut untuk menyambar khidmat penyerang itu.
Pada minggu lalu, Bos Everton Ronald Koeman dilaporkan berang dengan Lukaku. Pemain itu gagal melaporkan diri pada sesi latihan skuad Everton. Sebelum itu juga, Lukaku menolak penawaran kontrak lanjutan dari pihak pengurusan Everton.
Sementara itu, Chelsea mengalihkan perhatian mereka kepada penyerang Real Madrid, Alvaro Morata dan penggempur sensasi Torino, Andrea Belotti sebagai alternatif kepada Lukaku.
United menamatkan rundingan dengan Madrid minggu ini selepas juara Sepanyol itu tidak konsisten mengenai harga pemain simpanan mereka, Alvaro Morata. Madrid pada awalnya meletak harga € 70 juta kemudian meningkatkannya kepada € 90 juta.
Belotti juga telah di jadikan sasaran oleh United. Namun klausa pelepasan sebanyak € 100 juta (£ 87.6 juta) seperti diminta Torino menyebabkan United tidak berhajat meneruskan rundingan tersebut.
Sememangnya United tidak bermasalah untuk berbelanja besar. Tetapi pihak pengurusan United tidak mahu mengambil risiko untuk berbelanja sebanyak €100 juta keatas pemain yang belum membuktikan kebolehan mereka di Liga Perdana.
Comments
Post a Comment