Presiden Real Madrid, Florentino Perez dilaporkan akan menurunkan harga James Rodriguez pada penghujung pintu perpindahan musim panas ini jika tiada kelab mahu membidanya.
Manchester United dan Paris Saint-Germain adalah dua daripada beberapa pasukan lain yang berminat dalam pemburuan untuk mendapatkan pemain Colombia ini.
Madrid berharap dapat menerima kembali £ 65 juta seperti yang mereka bayar kepada Monaco untuk menandatangi Rodriguez pada 2014.
Tetapi setakat ini, tiada kelab elit Eropah yang bersedia menawarkan harga yang dipinta Madrid.
Rodriguez dikatakan berminat untuk berpindah ke Old Trafford, bahkan terdapat laporan menyatakan beliau telah bersetuju dengan syarat kontrak untuk bersama United.
Walau bagaimanapun, Jose Mourinho belum bersedia untuk mengemukakan sebarang tawaran bagi mendapatkannya. Bagi Mourinho, £ 65 juta untuk pemain yang jarang bermain adalah harga yang terlalu tinggi.
United kini sedang berusaha untuk mencapai persetujuan bagi mendapatkan penyerang Alvaro Morata. Florentino Perez meletakkan harga Morata tidak kurang dari £ 70 juta.
Media Sepanyol, Diario Gol melaporkan, Rodriguez sudah bertemu dengan Zinadine Zidane mengenai hasratnya untuk meninggalkan Bernabeu.
¡¡JAQUE MATE!! #JAMES Rodríguez pone un ULTIMÁTUM DEFINITIVO a #FLORENTINO Pérez y al #REALMADRID https://t.co/6EcoJnBPxO pic.twitter.com/sI4HiWbCcT— diarioGOL (@diarioGOLcom) July 1, 2017
Media tersebut juga mendakwa, bintang Colombia hanya mahu ke United jika berpeluang berhijrah dari Real Madrid.
Dalam pada itu, Zinedine Zidane sendiri berhasrat mahu melepaskan Rodriguez kerana pemain tersebut tiada dalam perancangannya pada musim depan.
Posisi James di Madrid dilihat agak sengit dengan adanya Bale, Isco, Vasquez dan pemain muda yang sedang meningkat naik, Asensio.
Diario Gol menambah Perez perlu menjual Rodriguez pada kos yang rendah sebelum pintu perpindahan ditutup jika tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana kelab.
Perez mahu Zidane mengekalkan dengan pemain berusia 25 tahun itu untuk musim baru yang akan datang. Tetapi pengendali dari Perancis itu membuat keputusan enggan mengekalkan Rodriguez.
Terdapat sedikit kesulitan jika United berjaya menandatangani Morata. Berkemungkinan Madrid tidak mahu menjual Rodriguez pada masa yang sama kerana mereka bakal bertembung di perlawanan Super Cup 8 Ogos nanti.
Namun Madrid boleh mengelak daripada ianya berlaku jika menjual James pada penghujung pintu perpindahan permain ditutup pada akhir Ogos nanti. Kelebihannya, United bakal mendapatkan James pada harga yang mungkin lebih murah jika dibandingkan harga sekarang.
"Segala kemungkinan bakal berlaku, sebagai penyokong... nikmati drama ini"
GRAB POPCORN 🍿
Comments
Post a Comment