Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

EKSLUSIF BERSAMA PAUL POGBA

PAUL POGBA TUTUP MULUT PENGKRITIK


Tahun pertama Jose Mourinho di Old Trafford menghasilkan tambahan tiga lagi trofi ke kabinet Old Trafford. United menutup kempen 2016/17 dengan memenangi Liga Europa, Piala Liga dan Perisai Komuniti.
Walau bagaimanapun, setelah menghabiskan kos rekod dunia sehingga (£ 89.4 juta) untuk membawa Pogba pulang dari Juventus dan memperoleh Zlatan Ibrahimovic melalui perpindahan percuma, pasukan Mourinho dijangka akan berada di posisi lebih baik di liga perdana musim lalu. Namun mereka hanya sekadar mengakhiri kedudukan di tangga ke enam liga
.
Statistik keseluruhan juga hangat diperdebatkan dengan Bournemouth menjaringkan lebih banyak gol liga berbanding United. Namun Pogba bingkas memberi maklum balas dengan menegaskan

"memenangi beberapa trofi dan layak secara automatik ke Liga Juara Juara musim depan adalah ukuran sebenar kejayaan Manchester United pada musim lalu"


Dalam temu bual dengan majalah Esquire, pemain Perancis berusia 24 tahun itu berkata:

"Saya menerima bahawa kami tidak bermain dengan baik, kami tidak melakukannya dengan baik, tetapi apa yang saya tahu kami memenangi tiga trofi .. Itu sahaja yang saya tahu."

"Itu semua adalah penting (memenangi trofi) kerana anda boleh menjadi pasukan terbaik di dunia, anda boleh bermain bola sepak hebat dan jika anda tidak memenangi trofi, apakah yang anda mahu banggakan?




Pada musim pertamanya di United, harapan yang diletakkan kepadanya dari penyokong dan pengkritik sukan terlalu tinggi. Mungkin kerana memegang status pemain termahal dunia, mereka mengharapkan sesuatu yang magis darinya akan berlaku.
Kadangkala harapan yang di sandar kepadanya nampak seakan tidak realistik. Sebagai contoh peranannya di United adalah selaku pemain tengah, namun mereka diluar sana mengharapkan beliau menjadi mesin gol untuk United.
Tetapi, Pogba menegaskan bahawa harga itu bukanlah beban kepadanya. Harga perpindahan yang tinggi untuk membawanya dari Juventus tidak memberi kesan untuk tempoh yang lama.Pogba menjawab ;

"Selepas seminggu, saya terlupa,

"Orang orang disekeliling saya sentiasa memberi motivasi agar saya tidak terbeban menjadi pemain temahal dunia. Mereka selalu berkata, tiada beza menjadi paling mahal atau paling murah. Apabila kita mati, kita akan pergi ke kubur yang sama. Jadi saya memutuskan untuk tidak memikirkan mengenai status harga tersebut".

Sebagai seorang Muslim yang tinggal di bandar Manchester, beliau juga ditanya tentang tragedi serangan pengganas di konsert Ariana Grande yang berlaku kurang 48 jam sebelum sepak mula perlawanan akhir piala Europa. Pogba mempunyai mesej untuk mangsa nahas tersebut.

Pogba, yang menjaringkan gol dalam kemenangan itu terhadap Ajax, telah mendedikasikan kemenangan itu kepada 22 orang yang terbunuh oleh pengebom berani mati.




"Ia adalah masa yang sangat sukar tetapi anda tidak boleh berputus asa," katanya.

"Kita tidak boleh terlalu sedih dengan apa yang berlaku, kita perlu berjuang untuk itu. Perkara yang sedih pasti akan berlaku dalam hidup kita. Tetapi anda tidak boleh berhenti untuk terus berjuang".

"Kamu tidak boleh membunuh manusia, untuk membunuh manusia ... itu sesuatu kerja yang gila. Saya tidak mahu memetik isu agama di atas insiden itu. Ini bukan dari ajaran Islam uang sebenar. Semua agama selain Islam pun melarang kita dari melakukan perkara tersebut (pengebom bunuh diri)". tambahnya.


Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan