Josè Mourinho dikatakan kurang gembira dengan tindakan Ed Woodward. Ketua eksekutif Manchester United itu dilihat berada di New Zealand untuk menonton perlawanan ragbi Lions British di antara Ireland menentang All Blacks tempoh hari.
Disebalik proses pembelian pemain baru yang di anggap terlalu perlahan, Jose Mourinho mengharapkan Woodward lebih berkerja keras untuk mendapatkan pemain yang dimahukannya.
Pengendali dari Portugal itu menganggap bursa perpindahan pemain kali ini sangat penting bagi menguatkan skuad United menjelang musim baru yang akan tiba.
Mourinho telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahu semua pemain yang diperlukan tiba sebelum sesi pra-musim.
Kempen pra-musim United di USA akan bermula Isnin depan. Berbaki beberapa hari sebelum berlepas ke USA, United hanya berjaya mendapatkan pemain pertahanan Benfica, Victor Lindelof. Ini sangat merungsingkan Mourinho.
Bekas bos Chelsea itu dikatakan sudah menyenaraikan sekurang-kurangnya empat pemain untuk dibeli. Prioriti utama di barisan pertahanan, tengah dan sayap dan penyerang.
Pada bulan Mei, Mourinho berkata:
"Ed Woodward mempunyai senarai saya, apa yang saya mahu, apa yang saya inginkan. Saya telah memberikan (senarai pemain) sejak bulan Mac yang lalu".
"Jadi sekarang terserah kepadanya dan pemilik kelab."
Comments
Post a Comment