Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

[KEMASKINI] FABINHO, ROONEY, MORATA, GRIEZMANN



FABINHO KE PSG TERGENDALA?

Monaco telah menolak tawaran sebesar £ 40 juta dari Paris Saint-Germain untuk pemain sasaran Manchester United Fabinho, menurut akhbar L'Equipe.

Monaco dilaporkan tidak begitu terdesak untuk menjual pemain kepada pasukan saingan mereka di Ligue 1.

Namun, pemain berusia 23 tahun itu dipercayai berminat untuk berpindah ke PSG dan dipahamkan sudah bersetuju dengan terma peribadi tentang kontrak perjanjian.



Terkini, PSG bakal menaikkan tawaran untuk Fabinho sebanyak  £ 45 juta.

WAZZA KEKAL?

Dalam pada itu menurut SUN, Wayne Rooney akan kekal di Manchester United untuk musim yang akan datang.

Penyerang itu mempunyai baki satu tahun lagi kontrak dengan United. Tetapi United dilaporkan bersedia memberi pampasan yang lumayan jika Wazza mahu berhijrah ke pasukan lain.




Ianya sebagai persiapan untuk Rooney berjuang kembali ke dalam skuad kebangsaan England bagi menghadapi Piala Dunia 2018. Ini berikutan situasi Rooney yang mungkin bukan lagi pilihan Mourinho pada musim depan tambahan pula Jose sedang rancak memburu khidmat Alvaro Morata. Jika penyerang Real Madrid itu tiba di Old Trafford, sudah pasti khidmat Rooney jarang digunakan dalam kesebelasan utama.

Wazza perlukan minit permainan jika mahu mendapat kembali tempat di dalam skuad utama England dan jalan terbaik adalah berhijrah ke pasukan yang betul betul memerlukan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, penghalang utama untuk Wazza berpindah adalah mengenai struktur gaji. Dengan prestasi semasa beliau, agak mustahil kelab lain mampu menawarkan gaji seperti yang beliau perolehi di United (£ 300,000 - seminggu).

MOURINHO KECEWA?
 
Manchester Evening News pula melaporkan bahawa Jose Mourinho agak kecewa dengan aktiviti perpindahan pemain ke Manchester United musim ini.
Tidak seperti musim lepas, United tidak mengalami masalah untuk mendapatkan pemain sasaran mereka (Bailly, Mkhi, Zlatan dan Pogba)



MEN menyatakan United "kurang aktif" semasa bursa perpindahan kali ini dan difahamkan United sedang berusaha menandatangani Alvaro Morata, Nemanja Matic dan Ivan Perisic. Setakat pintu perpindahan dibuka semalam (1 Julai) United hanya mampu mendapatkan Victor Lindelof.

DARI PLAN A KE PLAN B
Ternyata keputusan Antonie Griezmann untuk kekal di Atletico Madrid selepas kelabnya dikenakan tindakan sekatan pembelian pemain telah menjejaskan sedikit sebanyak persiapan United bagi mengharungi musim baru ini.

Namun baik Jose mahupun Woodward, mereka sentiasa mempunyai alternatif lain. Perlu diketahui, jika sasaran utama gagal, Woodward perlu mengalihkan ke sasaran kedua dan ianya perlukan masa untuk di muktamadkan. Kos perpindahan, gaji dan elaun perlu diperhalusi sebaiknya. Mungkin inilah penyebab utama aktiviti perpindahan pemain dilihat agak "lembab"


DARI PERSPEKTIF UNITED HIGHLIGHTS
Seperti diketahui, Jose mahu segera mendapatkan pemain pilihannya sebelum menjual pemain yang tidak diperlukan. Jika tiada perpindahan masuk, maka tidak ada (pemain utama) yang akan keluar dari United.

Sejarah Mourinho bersama kelab kelab lain sebelum ini (Chelsea, Inter dan Real), Jose akan memastikan pemain yang diingininya tiba sebelum aksi pra musim.

Jose sebolehnya mahu segera mendapatkan pemain sasaran beliau. Jadi, berkemungkinan dalam minggu ini sebelum berlepas ke USA Tour, United akan menandatangi seorang atau mungkin dua pemain baru. Dan mungkin juga akan ada pemain yang akan keluar seperti Young, Smalling dan Januzaj. Atau kapten Wazza juga akan keluar.


Sama sama kita nantikan

Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan