Ander Herrera telah masej kepada peminat Manchester United dengan satu ucapan terima kasih.
Ini berikutan selepas para penyokong mempamerkan sepanduknya semasa mencatat kemenangan 2-0 ke atas Leicester City pada Ahad.
Sebelum ini, peminat menjangkakan United bakal menggandingkan Herrera, Nemanja Matic dan Paul Pogba bahagian tengah.
Namun setakat tiga perlawanan lepas, Herrera masih belum berada dalam kesebelasan utama Jose Mourinho.
Herrera cuma sempat beraksi selama lima minit dari bangku simpanan semasa menentang Swansea City.
Walau bagaimanapun, penyokong United yang pergi menyaksikan perlawanan di Leicester Ahad lalu memberi penghormatan kepada pemain tengah itu.
Mereka menyanyi "Ole, ole Ander Herrera" dan menaikkan sepanduk nama pemain Sepanyol itu.
Herrera pantas membalas penghargaan itu dengan memuat naik status dilaman Instagramnya.
Beliau amat menghargai sokongan peminat dan meluahkan rasa terima kasih atas sokongan sedemikian.
"Saya sangat suka! Saya benar-benar menghargainya! Anda semua bersama saya. Terima kasih banyak, " katanya.
Tidak ramai pemain yang berprofil tinggi dapat mengekalkan hubungan yang akrab dengan penyokong seperti Herrera. Hererra setia bersama kelab ketika kelab mengalami detik sukar dan saat kegemilangan.
Ternyata Herrera bermain demi lencana didada. Jika diberikan peluang, kebiasaannya beliau akan bermain bersungguh-sungguh untuk menang.
Jika berada dibangku simpanan, beliau tidak henti-henti menjerit dan memberi semangat kepada rakan sepasukan di padang. Dan ini diakui sendiri oleh Jose Mourinho.
Comments
Post a Comment