Romelu Lukaku menduduki tangga teratas carta Sky Sports Power Rankings selepas mencetak dua gol pada penampilan sulungnya ketika kemenangan Manchester United 4-0 ke atas West Ham semalam.
Rakan sepasukannya, Paul Pogba pula berada ditangga ke 4. Pogba memulakan kempen musim baru dengan bergaya selepas menjaringkan gol keempat United dari luar kotak penalti pada minit terakhir perlawanan.
Sam Vokes yang menjaringkan dua gol ketika Burnley membenam juara musim lalu, Chelsea dengan keputusan 3-2 menduduki ranking kedua dibelakang Lukaku.
Huddersfield mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris, dengan penyerang Steve Mounie berada ditempat ketiga serta pemain yang dipinjamkan dari Mainz, Jonas Lossl pula berada di kedudukan ke enam.
Pemain pertahanan West Brom, Ahmed Hegazi berkedudukan kelima selepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 keatas Bournemouth.
Duo Tottenham Hugo Lloris (No 7) dan pencetak gol Spurs, Ben Davies (No 8). Lloris membuat tiga aksi penyelamat yang penting semasa pertembungan menentang Newcastle sebelum Jonjo Shelvey menerima kad merah dan Spurs memperoleh kemenangan 2-0.
Arsenal yang menjadi tuan rumah kepada Leicester dalam perlawanan pembukaan musim yang amat dramatik pada pagi Sabtu lalu. Penyerang yang baru dibeli Gunners, Alexandre Lacazette berjaya menjaringkan gol seawal minit kedua berada di (no 10). The Foxes membalas melalui Shinji Okazaki tiga minit kemudian.
The Foxes berada di depan dua kali, tetapi gol lewat pemain gantian Olivier Giroud menafikan jaringan Jamie Vardy yang berada di ranking (No 9). Ianya membolehkan skuad Arsene Wenger mendapat tiga mata penuh di Emirates.
Metodologi ranking pemain dikira berdasarkan prestasi pemain selepas lima perlawanan terakhir. Mata diberi kepada pemain setelah mengambil kira dari 32 statistik yang berbeza.
Di bawah adalah carta kedudukan Sky Sports Power Rankings untuk minggu ini.
SUMBER - SKY SPORTS
Comments
Post a Comment