Chelsea juga berminat untuk mendapatkan Aurier selepas mereka tewas kepada United untuk merebut Romelu Lukaku bulan lalu. Kelihatan kali ini mereka tidak mahu lagi ditewaskan United untuk mendapatkan pemain sasaran mereka.
SERGE AURIER dikhabarkan telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun bersama Manchester United menjelang perpindahannya ke Old Trafford.
Pertahanan kanan kental Paris St-Germain itu telah menjadi sasaran untuk kedua-dua kelab United dan Chelsea dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Pemain antarabangsa Ivory Coast akan meninggalkan PSG jika mereka mendapat tawaran £ 20 juta pada musim panas ini.
Wartawan Perancis Loic Tanzi, yang berkhidmat untuk Goal France dan Eurosport, mendakwa Aurier semakin menghampiri United. Loic Tanzi juga merupakan wartawan yang rapat mengenai perkembangan di PSG.
S.Aurier et MU ont trouvé un accord autour d'un contrat de 5 ans. Reste à négocier avec Paris et à avoir un permis de travail #PSG— Loïc Tanzi (@Tanziloic) August 10, 2017
Diberitakan bahawa pemain pertahanan itu telah mencapai perjanjian kontrak 5 tahun dengan Red Devils.
Setakat waktu ini, belum ada maklumat mengenai gaji yang bakal dibayar United untuk pemain berusia 24 tahun itu. Bayaran perpindahan dari PSG ke Old Trafford juga belum dimuktamadkan. Tetapi perbincangan dikatakan sedang giat dijalankan diantara kedua-dua kelab.
Walaupun mendapat berita terbaru dari media Perancis ini, United masih mempunyai beberapa isu untuk diatasi sebelum mereka berjaya menandatangani Aurier.
Pertama, United perlu menghadapi persaingan dari pasukan Liga Perdana Chelsea sebelum berjaya untuk mencapai kesepakatan itu.
Pengurus Blues, Antonio Conte seperti tidak sabar-sabar untuk menandatangani pemain sayap bertahan yang baru pada musim panas ini dan beliau telah menambah Aurier ke senarai pemain yang akan dibelinya.
Comments
Post a Comment