Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

MOGA MUSIM INI MILIK SAYA : LUKE SHAW







Luke Shaw berharap untuk bersinar sebagai pemain Manchester United musim ini. Beliau mahu cepat sembuh dari kesengsaraan kecederaan di belakangnya untuk kembali membantu United memenangi trofi musim ini.

Pemain pertahanan itu mendapat kritikan dari pengurus Jose Mourinho musim lalu ketika beliau berjuang untuk mengembalikan rentak permainannya setelah bangkit dari insiden kecederaan patah kaki yang amat mengerikan.


Shaw kini meneruskan sesi pemulihannya selepas mengalami kecederaan pada penghujung musim lalu. Shaw berharap dapat kembali memperkuatkan skuadnya. Beliau mengumumkan bahawa era baru kariernya bakal bermula apabila cergas kelak.

"Tahun ini adalah musim yang sangat besar untuk saya. Saya sangat berharap kerana ini adalah satu cabaran besar bagi saya. Saya mahu bangkit setelah beberapa musim yang lalu mengalami prestasi naik dan turun," katanya kepada Sky Sports.

"Sudah tentu saya mengalami kecederaan patah kaki sebelum ini tetapi saya agak tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan terbaru pada akhir musim lalu. Semoga saya dapat melupakan episod malang itu dan terus bangkit. Harapan saya agar musim ini saya boleh membuktikan tanggapan orang kepada saya selama ini adalah salah."


"Saya mahu membuktikannya kepada diri saya sendiri kerana saya tidak akan datang ke sini jika saya fikir saya tidak bersedia untuk bermain. Saya percaya pada diri saya. Pengurus juga percaya kepada saya dan sering berikan keyakinan kepada saya. Saya sangat berharap dapat beraksi semula untuk kelab."

"Saya perlu melihat semula apa yang saya lakukan pada permulaan musim lalu. Mungkin pada masa ini saya fikir saya sudah cukup menjalani latihan. Tetapi apa yang memberi saya keyakinan adalah pengurus. Saya berharap pengurus percaya kepada saya untuk memberi impak yang lebih kepada kelab."

"Saya sudah bersedia sekarang. Saya fikir saya menyedari betapa pentingnya untuk memberikan segala-galanya kepada pengurus dan kelab. Saya mahu berusaha keras untuk membantu kelab memenangi trofi."


"Pengurus jelas mengatakan kepada media, beliau menyukainya skuad yang ada sekarang. Beliau mahu berikan minit permainan kepada setiap pemain. Kami rasakan pasukan kami semakin baik musim ini dan bersedia untuk memenangi beberapa trofi. Kami sangat gembira dapat kembali ke Liga Juara-Juara, jadi kami berharap dapat melakukannya dengan baik."

"Semuanya berjalan dengan lancar, saya berasa sangat baik. Saya berlatih bersendirian sekarang demi meningkatkan tahap kecergasan saya. Saya akan berusaha meningkatkan kecergasan dan permainan saya seperti yang dimahukan pengurus sebelum saya kembali berlatih bersama pasukan utama."


SUMBER : SKY SPORTS




Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan