Dua kelab terbesar di dunia ini akan menghadapi perlawanan UEFA Super Cup yang menemukan Juara UCL menentang Juara UEL musim 2016/17 pada awai pagi Rabu. Pastinya perlawanan tersebut bakal ditonton bersama jutaan peminat bolasepak dunia.
Berikut adalah empat persoalan menjelang perlawanan terbesar abad ini yang dibaratkan Godzilla bertempur dengan King Kong.
Pasukan Mana Menjadi Pilihan?
José Mourinho menganggap pasukannya sebagai “underdog” untuk memenangi dalam pertembungan itu.
"Kami akan cuba yang terbaik tetapi perbezaan antara pemenang Liga Juara Juara dan pemenang Liga Europa adalah jelas," kata pengendali dari Portugal itu. "Liga Europa sangat sukar untuk dimenangi. Terdapat perbezaan kualiti tetapi kami percaya sebarang kemungkinan boleh berlaku."
Namun ada kebenaran disebalik kata kata Mourinho. Walaupun memenangi dua trofi, prestasi United agak mengecewakan pada musim lalu yang hanya menamatkan liga dikedudukan keenam manakala Madrid sebaliknya cukup meyakinkan selepas menjadi pasukan terbaik di Eropah. Memenangi UCL dan Juara La Liga.
Walau bagaimanapun, Red Devils adalah pasukan yang dalam proses pembentukan semula. Kehadiran ramai pemain baru pastinya bakal mengambil sedikit masa untuk membentuk pasukan yang mantap didalam liga dan diperingkat Eropah.
United menjalani sesi latihan pra musim di USA dan mengharungi 7 perlawanan persahabatan. Mereka memenangi 6 dari 7 perlawanan pra musim dan salah satunya adalah menentang Los Blancos.
Sementara itu, pasukan Zinedine Zidane menghabiskan siri pra musim dengan deretan kekalahan dan hanya 1 kemenangan menentang pasukan MLS ALL-Stars hasil dari penentuan sepakan penalti.
Mereka tewas kepada Manchester United, Manchester City dan Barcelona. Namun itu bukan penanda aras kekuatan Madrid. Kebiasaannya, jelajah pra musim adalah sesi untuk mengembalikan kecergasan dan kesefahaman antara pemain pemain.
Sementara itu, untuk musim baru ini Madrid telah menambah kekuatan kepada skuad mereka dengan menandatangani Dani Ceballos dan Theo Hernández. United juga tidak ketinggalan dengan membawa masuk penyerang berbisa Everton Romelu Lukaku, Nemanja Matic dari Chelsea dan Victor Lindelof dari Benfica.
Namun tidak dinafikan masih terdapat jurang di antara kedua-dua pasukan ini . Di atas kertas ternyata Madrid nampak lebih digeruni dengan khabarnya bekas lagenda United Ronaldo bakal diturunkan awal pagi esok. Tetapi tiada siapa boleh menduga keputusan di atas padang kelak.
Adakah Madrid Akan Terus Mendominasi Eropah?
Setelah memenangi tiga daripada empat kejuaraan terakhir Liga Juara-Juara, beberapa musim kebelakangan ini telah menjadi salah satu tempoh yang paling berjaya untuk Real Madrid. Mereka menjadi pasukan yang sukar untuk dikalahkan sejak era Zinadine Zidane.
Zinedine Zidane telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih terbaik dunia dengan memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara dan satu gelaran La Liga pada musim ini sejak menduduki kerusi panas di Bernabéu.
Mungkin Zidane mengimpikan kejuaraan ketiga di UCL pada musim depan kerana belum ada pengurus yang mampu memenangi Liga Juara Juara sebanyak tiga kali berturut-turut. Namun dengan persaingan semakin hebat diperingkat Eropah kini, nescaya impian Zidane adalah misi yang terlalu sukar.
Setiap kelab di Eropah pada musim ini bergerak aktif dalam pasaran pembelian pemain baru bagi memantapkan pasukan masing masing. Lihat sahaja PSG membelanjakan €222 juta untuk Neymar dan Manchester City menghabiskan lebih kurang €150 juta untuk memperkukuhkan barisan pertahanan.
Real Madrid sepertinya menyedari situasi itu. Mereka masih lagi mencuba untuk membawa bintang muda Monaco Kylian Mbappé dan nilai £132 juta.
Sudah tentu agak terlalu awal untuk mengatakan sama ada juara Eropah ini mampu untuk mengekalkan mahkota mereka pada 2018, tetapi mengekalkan UEFA Super Cup pada tahun ini akan menjadi titik permulaan yang baik untuk mereka mengharungi musim baru.
Adakah Manchester United Akan Kembali Mendominasi Liga Musim Ini?
Kelab yang paling berjaya di England itu telah mengalami musim kejatuhan yang amat buruk untuk dikenang. “Terima kasih kepada David Moyes” di atas pencapaian anda di Old Trafford.
United membina semula pasukan mereka selepas pengendali dari Belanda – Louis Van Gaal mengambil alih selepas tamat Piala Dunia 2014. Dibawah regim Van Gaal, beliau telah membawa beberapa muka baru demi memanatapkan skuadnya. Walupun falsafah yang dibawanya dianggap gagal, namun beliau berjaya membantu menamatkan penantian Manchester United untuk memenangi Piala FA pada musim terakhirnya di United.
Era baru Jose Mourinho. Tahun pertamanya dianggap berjaya kerana membantu memenangi kejuaraan sulung United dalam kejohanan Liga Europa selain memenangi EFL Cup. Tetapi prestasi United di Liga Perdana agak merosot. United menghabiskan musim lalu ditangga keenam liga walaupun dibarisi dengan pemain bintang seperti Zlatan, Pogba dan Mkhitaryan. Menduduki posisi keenam liga adalah keputusan yang sukar ditelan oleh majoriti penyokong Red Devils.
Tetapi, pada musim ini Mourinho seakan akan mempunyai impian yang besar. Beliau menambah kekuatan skuadnya dengan mendapatkan Victor Lindelöf, Nemanja Matić dan Romelu Lukaku. Untuk dua musim terakhir ini, United telah menambah pemain yang berkualiti disetiap posisi. Di samping itu, mereka dilihat akan mempertahan penjaga gol terbaik mereka David De Gea dari berhijrah ke Real Madrid pada musim depan.
Memenangi Super Cup bukanlah sesuatu kejayaan yang hebat. Tetapi bagi skuad United, setelah melalui proses pembinaan semula pasukan, ia adalah hadiah yang bermakna jika dapat memenanginya. Tambahan pula jika menang keatas Juara Eropah pada musim lalu akan menyaksikan bahawa United adalah pasukan yang bakal memberi cabaran di peringkat Eropah pada musim baru yang akan datang setelah “berehat” dipentas UCL pada musim lalu.
Apakah perbezaan UEFA Super Cup dan Community Shield?
Sebenarnya tiada perbezaan diantara keduanya. Kedua dua pertandingan tersebut dijadikan sebagai perlawanan pertunjukan sempena ketibaan musim baru di Eropah. FA Community Shiled adalah perlawanan membabitkan Juara Liga Perdana bertemu Juara Piala FA pada musim lalu.
Manakala EUFA Super Cup pula adalah pertembungan Juara Liga Juara Juara menentang Juara Liga Europa. Walaupun tiada beza secara dasarnya namun ‘kelas’ pertandingan tersebut amat berbeza.
Dalam bahasa mudahnya diibaratkan ;
- FA Community Shiled – Pertemuan Antara Juara Kampung
- UEFA Super Cup – Pertembungan Kuasa Bola Sepak Eropah
Comments
Post a Comment