Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

Pendapat Peminat Manchester United: 'Pecat Mourinho Jika Terus Bermain "Long Ball"







Sebagai peminat Manchester United dan juga bertugas sebagai editor talkRADIO.co.uk, Gareth Platt kecewa dengan taktik Red Devils semasa mengalami kekalahan UEFA Super Cup menentang Real Madrid

Jika inilah cara Manchester United akan bermain pada musim ini, kelab harus menyingkirkan Jose Mourinho secepat mungkin.

"Minta maaf kepada seluruh peminat United jika pandangan saya berubah-ubah, atau tidak rasional."

"Maaf juga kerana tidak menyokong pengurus, seperti yang diminta Fergie."

"Tetapi saya yakin sebahagian penyokong United sependapat dengan saya. Jika melihat cara United bermain bertemu Madrid, saya fikir itu bukannya Manchester United yang kita kenal."








Sebuah kelab yang besar seperti United yang dahulunya pernah menjadi 'neraka' kepada kelab seperti Liverpool, Arsenal atau Chelsea tidak sepatutnya bermain seperti itu (long ball).

Dengan menghantar bola tinggi kepada pemain berfizikal besar dan mengguna taktik membosankan lebih satu pertiga permainan bukanlah satu permainan yang diingini untuk ditonton.

Sekiranya Mourinho sebagai jurulatih tersohor dunia berfikir bahawa kaedah "long ball" merupakan satu taktik, beliau boleh pergi ke neraka bersama Moyes dan LVG.

Mungkin ramai beranggapan dengan meletakkan Fellaini sebagai "plan b" untuk menghadapi trio pemain tengah terbaik Eropah seperti Madrid adalah tindakan yang berkesan.






Tetapi biarkan saya memberi anda beberapa konteks. Kita bercakap mengenai Manchester United, sebuah kelab yang baru-baru ini diumumkan sebagai pembayar gaji tertinggi didunia kepada pemain pemain. Namun pada perlawanan menentang Madrid, apakah kualiti penerima gaji termahal dunia berikan kepada kelab?

Ferguson tidak pernah melakukannya. Ya, beliau mungkin menerapkan permainan negatif untuk lima minit terakhir, tetapi bukan untuk setengah jam perlawanan. Ia adalah satu tindakan terdesak yang dahsyat, penuh kegilaan dan taktikal yang gagal. Jangan sesekali melakukan strategi membabi buta.

Mungkin pendekatan sebegitu menghasilkan kejayaan. Bermain secara "long ball" dengan harapan bola mudah sampai kepada Lukaku. Kemudian memasukan Rashford untuk menambah kelajuan dibahagian serangan.


Kemasukan Rashford untuk 30 minit terakhir seolah-olah memberi beban kepadanya. United acapkali melancarkan serangan melalui Rashford dan peluang yang mampu dihasilkan hanyalah sebanyak dua atau tiga kali.

Namun, disisi negatifnya, pemain Madrid menyedari serangan United banyak tertumpu dari arah Rashford. Apabila Rashford menerima bola dan berlari ke arah mereka, pemain Real Madrid kelihatan sudah bersedia untuk mengawalnya. Kesimpulannya dengan adanya Rashford tidak membantu menvariasikan corak serangan United.

Jika itu berlaku, Mourinho sudah tentu boleh menukar Lukaku untuk Martial dan terus memberi kepenatan kepada barisan pertahanan Madrid untuk mengawal Martial. Masihkah anda ingat beberapa minggu lalu Martial mengucar-kacirkan pertahanan Madrid di USA? Seandainya beliau diberi peluang pada perlawanan itu, nescaya pertahanan Los Blancos pasti akan berasa bimbang.







Tetapi sebaliknya Mourinho memilih pemain berfizikal besar. Satu-satunya senjata yang beliau nampaknya benar-benar percaya untuk mengatasi keadaan ketika jika pelan pertamanya menjadi rumit.

Setelah membeli Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan dengan nilai £120 juta, ramai beranggapan pemain ini akan lebih menyinar dibawah kendaliannya. Tetapi sebaliknya corak permainan yang diterapkan kadang kala gagal untuk menyesuaikan mereka berdua. Bakat mereka tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Pada perlawanan menentang Madrid, Pogba banyak menghabiskan aksi di separuh masa kedua dengan kelihatan seperti seperti pelakon Shakespeare dalam filem Adam Sandler.







United kini dibanjiri dengan pemain pemain gergasi. Rata rata pemain United kebanyakan mempunyai fizikal dengan 6 ft + (enam kaki). Mourinho seolah olah sedang membina pasukan Stoke City yang kedua di England.

Tetapi yang pastinya, jika Mourinho mahu bermain dengan taktik "long ball" sebegini, lebih baik beliau membeli seluruh skuad Stoke City yang sebenar dan memindahkannya ke Old Trafford. Ia mungkin menjadi lebih murah.

Sekiranya Mourinho benar-benar masih 'The Special One' dan bukannya versi yang cetak rompak, dia harus mengubah sistem dan taktik permainan. Ini kerana pemain dalam pasukan United yang mempunyai bakat yang cukup besar.

Manfaatkan segala wang yang telah dibelanjakan sejak Ferguson pergi. United mempunyai sumber dan boleh untuk bersaing dengan yang terbaik.

Jika 'The Special One' tidak dapat menyelesaikan masalah taktikal ini, beliau tidak seharusnya menjadi pengurus kelab hebat seperti Manchester United.

Sumber - Talk Sport | di edit dan di olah semula untuk kemudahan pembaca





Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan