Ibra kini berstatus ejen bebas selepas kontraknya bersama Manchester United berakhir Julai lalu.
Zlatan Ibrahimovic kini kembali dari kecederaan lutut yang dialaminya musim lalu yang menyebabkan kempennya berakhir lebih awal di Manchester United.
Pemain dari Sweden ini memuatnaik video ke Instagramnya pada hari Khamis untuk menunjukkan keadaan semasa kecergasannya dengan tajuk :
"No time to rest"
Bekas pemain Barcelona, AC Milan dan PSG yang bakal menginjak ke usia 36 tahun pada Oktober ini. Beliau kini tanpa kelab selepas Manchester United dan pihak Zlatan sendiri bersepakat untuk tidak melanjutkan kontrak pada awal Julai lalu.
Walaupun mengalami kecederaan serius, Zlatan tidak berhasrat untuk mengantung "bootnya" lebih awal. Ibrahimovic bertekad untuk terus bermain. Laporan kebelakangan ini melaporkan bahawa Red Devils akan bersedia untuk menandatanganinya untuk perjanjian jangka pendek apabila Ibra kembali ke cergas kelak.
Ibrahimovic menjaringkan 28 gol untuk Manchester United musim lalu dan menjadi penjaring terbanyak kelab. Beliau telah menjalani latihan di Carrington sepanjang rehat musim panas ini bersama sama Luke Shaw dan Ashley Young, yang juga dilaporkan dalam usaha untuk memulihkannya kecederaan.
Dalam pada itu, Ibra juga dikaitkan dengan perpindahan ke Liga MLS. Bekas pemain tengah United, Bastian Schweinsteiger yang kini beraksi di Chicago Fire menyatakan jika Zlatan mahu berhijrah ke USA, beliau sangat mengalu-alukannya.
SUMBER MIRROR.UK
Comments
Post a Comment