DAVID DE GEA telah memberitahu Real Madrid beliau akan terus kekal di Manchester United.
Penjaga gol Red Devils telah dikaitkan sekali lagi dengan perpindahan ke gergasi Sepanyol dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
De Gea hampir menyertai juara La Liga itu pada 2015 tetapi "masalah" faks telah menghentikan perjanjian itu.
Menurut laporan, Real akan kembali dengan tawaran yang lebih besar untuk pemain berusia 26 tahun pada musim panas ini. Presiden kelab Florentino Perez terdesak untuk mendapatkan De Gea.
Bagaimanapun menurut media Sepanyol, Don Balon, penjaga gol itu telah membuat keputusan mengenai masa depannya
Don Balon mengatakan, De Gea telah memutuskan untuk kekal di United dan akan menghabiskan masa depannya lebih lama di Old Trafford.
¡Portazo al #RealMadrid! La estrella que deja tirado a Florentino Pérez (¡Brutal!) https://t.co/BtI6VkrTsp pic.twitter.com/b9tVf6lMJt— Don Balon España (@donbalon_com) August 7, 2017
Don Balon menambah bahawa Perez berminat untuk melepaskan Keylor Navas musim panas ini walaupun mempamerkan aksi yang cemerlang pada musim lalu.
Navas adalah penjaga gol pilihan utama Zinedine Zidane dan telah membantu Real memenangi Liga La Liga dan Liga Juara-Juara.
Comments
Post a Comment