PHIL NEVILLE telah membandingkan Paul Pogba dengan bekas pemain tengah Manchester United, Juan Sebastian Veron.
Paul Pogba melalui kempen yang agak sukar selepas kembali semula ke Manchester United dari Juventus dengan bayaran rekod dunia sebanyak £ 89 juta pada musim lepas.
Sementara itu, Veron bergelut untuk membuat impak yang diharapkan ketika permulaan kariernya di Old Trafford.
Pemain Argentina itu sukar menyesuaikan diri dengan perubahan tempo di Liga Perdana Inggeris.
Neville berpendapat, Pogba juga melalui keadaan yang sama seperti Veron jika dilihat persembahannya pada musim lalu.
"Setiap kali saya menonton aksi Pogba, 'Saya terfikir, dimanakah tempat sebetulnya beliau bermain?' "kata Neville di Sky Sports.
"Namun kini, beliau tidak ada alasan lagi untuk mempamerkan bakatnya yang sebenar".
"Dengan tibanya Matic ke Old Trafford, Pogba kini akan lebih bebas untuk bergerak kemana sahaja diserata padang tanpa perlu mengisi setiap tempat kosong diatas padang."
"Matic akan memberikan kestabilan dibahagian belakang tanpa perlu Pogba kerap turun ke bawah".
"Diantara pemain tengah bertahan yang ada di United, Matic adalah yang terbaik."
"Pogba seorang pemain tengah cemerlang, salah seorang pemain yang terbaik di dunia, tetapi dia terpaksa turun kebawah mengutip bola dan berfikir untuk merancang serangan. Itu adalah sukar untuk dilakukan Pogba seperti yang kita lihat pada musim lepas.'
"Pogba berjaya menjaringkan sembilan gol musim lalu, dan saya fikir dia boleh mendapatkan 15 gol pada musim ini"
Comments
Post a Comment