ROY KEANE percaya bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Ryan Giggs bernilai £ 2 Billion jika mengambil kira harga pasaran semasa perpindahan pemain hari ini.
"Ryan Giggs? Dua bilion", Roy Keane
Itulah respon dari bekas lagenda United, Roy Keane ketika ditanya pada sidang media bersama skuad kebangsaan Ireland mengenai harga pemain yang semakin menggila sekarang.
Paris Saint-Germain membelanjakan sebanyak €222 juta untuk Neymar dan bersedia untuk melabur sekali lagi untuk mendapatkan bintang Monaco, Kylian Mbappe.
Everton pula membeli pemain perancang Swansea, Gylfi Sigurdsson dengan harga £ 45 juta. Sementara itu West Ham memecahkan rekod perpindahan mereka untuk membawa Marko Arnautovic dengan nilai £ 24 juta.
Keane berkata : "Saya agak terkejut, nilai pemain sekarang adalah di luar biasa. Terutamanya untuk pemain-pemain yang boleh dikategorikan biasa - biasa."
"Jika begitu penilaiannya, harga Ryan Giggs boleh mencecah £2 billion dalam pasaran hari ini", kata Roy Keane
"Sekiranya saya mampu untuk menjadi pemain profesional sekarang, saya boleh memperoleh pendapatan purata £ 35 juta sepanjang karier."
"Saya tidak dapat menganalisis terlalu banyak mengenai pasaran sekarang, tapi itulah harga yang perlu dibayar."
"Pemain berstatus bintang akan mendapatkan wang yang besar dan tidak terhad."
"Gaji pemain pemain ini akan mencecah £30-40m. Ia akan membuat anda menggaru kepala tetapi jika kelab bersedia untuk membayarnya, maka itu bukan kesalahan pemain."
Keane pernah bermain dalam pasukan Manchester United dan berjaya memenangi trofi liga dibawah kendalian Sir Alex Ferguson bersama rakan sepasukan David Beckham, Ryan Giggs dan Ruud van Nistelrooy.
Ditanya berapa pula harga yang perlu dibayar untuk menandatangani Ruud Van Nistelrooy, beliau menjawab :
"Ruud pasti akan bernilai £1 billion mengikut harga pasaran sekarang."
"David Beckham? Satu bilion, Ryan Giggs? Dua bilion."
Dan apabila ditanya berapa banyak pula harga untuk mendapatkannya, Keane membalas sambil ketawa :
"Untuk saya, saya fikir mungkin £ 3.75m."
SUMBER - EXPRESS.UK
Comments
Post a Comment