Bintang Man Utd David De Gea digesa untuk menandatangani kontrak baru oleh bekas bos Louis van Gaal pada tahun 2015, menurut Dairio Gol.
Manchester United hampir kehilangan De Gea untuk menyertai pasukan La Liga Real Madrid pada musim panas 2015.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu menghampiri di Bernabeu apabila pengurus Real pada masa itu Rafa Benitez bertekad untuk mendapatkan penjaga gol itu.
Kesepakatan itu dilihat sempurna selepas bayaran £30 juta telah dipersetujui kedua-dua pihak dengan Keylor Navas akan menggantikan De Gea di United.
Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu akhirnya kekal dan menandatangani perjanjian kontrak baru bersama United selepas masalah mesin faks memusnahkan impiannya kembali ke Sepanyol.
Bagaimanapun menurut Diario Gol, Van Gaal telah mengesa habis habisan supaya De Gea memperbaharui kontraknya di United selepas perpindahannya ke Madrid gagal.
Semasa De Gea berada dalam dilema samada untuk memperbaharui kontrak atau sebaliknya, tempatnya dalam kesebelasan utama telah digantikan dengan Sergio Romero. De Gea terpaksa menonton perlawanan ditempat duduk penonton ketika Red Devils mengalahkan Tottenham 1-0 pada hari pembukaan musim itu.
David De Gea telah membantu Manchester United memenangi tiga trofi utama sejak menandatangani perjanjian baru pada 2015.
Walau bagaimanapun, Diario Gol mendakwa episod perpindahan De Gea ke Sepanyol masih belum tamat sepenuhnya.
Real terus mengharap untuk memancing penjaga gol No1 United itu. Namun percubaan mereka untuk menandatanganinya digagalkan oleh Jose Mourinho pada musim panas ini.
Kini mereka beralih sasaran untuk mendapatkan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak jika terus buntu untuk menandatangani De Gea
SUMBER - DIARIO GOL
Comments
Post a Comment