MANCHESTER UNITED dilaporkan akan membida pemain sayap PSG Julian Draxler sebelum jendela perpindahan pemain ditutup. Menurut laporan dari Daily Star.
Pemain sayap Jerman, Draxler sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Paris St-Germain semenjak tibanya pemain termahal dunia, Neymar dari Barcelona.
Juara Bundesliga Bayern Munich juga telah dikhabarkan memburu pemain berusia 24 tahun itu. Tetapi mereka menegaskan hari ini mereka tidak akan melancarkan tawaran untuk mendapatkannya.
Laman web Transfermarke.de juga mendakwa United merancang untuk membuat bidaan saat akhir terhadap Draxler.
The Red Devils telah mendarat pemain sasaran Mourinho ke Old Trafford sepanjang jendela perpindahan musim panas ini. Namun gagal mendapatkan seorang lagi target yang diperlukan Mourinho di bahagian sayap.
United sebelum ini dikaitkan dengan Ivan Perisic dan Gareth Bale. Perisic dilaporkan bakal terus bersama Intermilan. Beliau dijangka akan memuktamadkan penjanjian baru untuk terus kekal di San Siro.
Manakala Bale pula menerusi agennya menafikan khabar angin bahawa Bale akan berpindah dari Bernabeu. Beliau mendakwa Bale gembira di Madrid dan juga akan terus kekal di Sepanyol.
PSG dilihat bersedia untuk menjual Draxler kepada Jose Mourinho. Tetapi perjanjian perpindahan kelihatan sangat sukar apabila jendela perpindahan bakal ditutup kurang dari 24jam.
Laporan itu menambah bahawa Barcelona dan Borussia Dortmund juga memantau situasi Draxler.
Draxler masih berada dibawah kontrak di PSG sehingga Jun 2021 dan pasukan yang berminat dengannya perlu membuat tawaran yang serius.
Bekas bintang Wolfsburg dan Schalke 04 ini masih boleh menyertai Barcelona, Borussia Dortmund atau Manchester United jika kedua dua pihak dapat mencapai kesepakatan dengan lancar sebelum jendela perpindahan ditutup sepenuhnya pada Khamis. (Awal pagi Jumaat waktu Malaysia)
SUMBER - STAR DAILY
Comments
Post a Comment