Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

PAUL SCHOLES MENGGESA MOURINHO MEMULAKAN FELLAINI DAN RASHFORD SEMASA MENENTANG WEST HAM AHAD INI






Paul Scholes mengharapkan Jose Mourinho untuk memberi tempat kepada Marouane Fellaini dan Marcus Rashford pada perlawanan pertama liga perdana bertemu West Ham United hujung minggu ini.


Kedua-dua pemain tersebut diletakkan di bangku simpanan semasa pertembungan UEFA Super Cup menentang Real Madrid awai pagi Rabu lalu.

Marcus Rashford dimasukkan pada separuh masa kedua dengan Fellaini pula masuk menggantikan Herrera setelah Juara Liga Juara Juara Eropah itu menjaringkan gol kedua mereka.

Selepas kemasukan mereka, United mendapat impak segera dari segi corak permainan. Rashford yang ditugaskan di sebelah kiri untuk mengasak Dani Carvajal sementara pemain antarabangsa Belgium itu pula mengusai bola tinggi berhampiran kotak penalti Madrid.


Bercakap di BT Sport selepas perlawanan itu, Scholes menggesa Mourinho memasukkan kedua pemain tersebut lebih awal ketika melayan skuad Slaven Bilic di Old Trafford pada hari Ahad ini.






Dengan memasukkan Fellaini semasa bertemu West Ham bakal menafikan tempat seorang lagi pemain tengah United, Ander Herrera. Mungkin Mourinho tidak menggemari idea tereebut kerana impiannya untuk melihat Herrera, Pogba dan Matic beraksi bersama dibahagian tengah Red Devils.


Rashford sebaliknya harus menjadi pilihan utama didalam kesebelasan utama. Berdasarkan aksi Jesse Lingard di Skopje, ternyata Rashford lebih berbahaya untuk beraksi diposisi tersebut.

Pada perlawanan di Skopje, Mourinho membawa keluar Lingard dan menggantikannya dengan Rashford selepas Lingard dilihat "tenggelam" pada separuh masa pertama.




Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan