Jose Mourinho mengakui beliau berminat menandatangani Gareth Bale, tetapi akan menunggu sehingga selesai perlawanan Super Cup bertemu Real Madrid.
Manchester United baru baru ini telah dikaitkan dengan perpindahan pemain sayap Real Madrid itu ke Old Trafford. Bale masih mempunyai kontrak bersama Real Madrid sehingga 2022.
Jika perpindahan ini berlaku, Bale akan menjadi "marquee signing" buat United selepas Paul Pogba pada musim lalu. Untuk musim ini, United masih belum berjaya mendarat sekurang-kurangnya seorang "marquee signing". Setakat ini, United sudah berjaya membawa Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof. Jose Mourinho dilihat sedang membina skuad United dengan wajah baru.
Mourinho kelihatan tidak menyembunyikan minatnya terhadap Bale. Namun, Mourinho bakal mengurangkan minatnya terhadap Bale jika Madrid menurunkannya pada perlawanan esok.
"Jika dia (Bale) bermain esok, saya tidak akan memikirkannya lagi kerana ia ada dalam perancangan jurulatih dan strategi kelab," katanya.
"Jadi saya tidak pernah berfikir mengenai kemungkinan (perpindahan) itu."
"Tetapi seandainya dia tidak berada dalam perancangan kelab, ditambah pula dengan ketibaan pemain baru, ini bermakna dia sedang dalam perjalanan menuju keluar dari Madrid. Saya akan cuba menunggunya di Old Trafford dan akan bersaing dengan pengurus kelab lain yang mahukan Bale dalam pasukan mereka."
"Tetapi jika dia turun bermain esok, itu adalah petanda yang jelas bahawa khidmatnya masih diperlukan oleh kelab (Madrid)."
Bale adalah pemain ketiga termahal di dunia di belakang Neymar dan Pogba, tetapi kerap mengalami masalah kecergasannya pada musim lalu.
Ini bermakna penyerang itu bakal terlepas banyak perlawanan untuk kempen Real di La Liga dan Liga Juara-juara. Faktor kecederaan dan kecergasannya bakal menyebabkan Bale lebih banyak menonton dari bangku simpanan daripada beraksi bersama pasukan.
Bale bertekad untuk kembali mendapatkan semula kecergasannya dan Mourinho berharap dapat meyakinkan pemain antarabangsa Wales itu untuk kembali ke Liga Perdana.
Real kini terdesak untuk bersaing bersama Barcelona bagi mendapatkan Kylian Mbappe dan bakal menggunakan hasil dari penjualan Bale sebagai dana tambahan mereka. Barcelona pula dijangka tidak mengalami masalah untuk membida Mbappe hasil perolehan mereka selepas perpindahan Neymar ke PSG dengan nilai £198 juta.
Comments
Post a Comment