Subscribe in a reader

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Skip to main content

TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

PERLAWANAN SUPER CUP BAKAL DIBERHENTIKAN UNTUK [DRINK BREAK]







Kaedah "Drink Break" akan digunakan dalam perlawanan UEFA Super Cup diantara Manchester United bertemu Real Madrid jika cuaca panas melampau terus melanda di selatan Eropah.

Ketika ini, Skopje ibukota Macedonia yang menjadi lokasi perlawanan Super Cup dilanda gelombang panas yang tinggi. Suhu panas tersebut digelar 'Lucifer'. Bacaan suhu terkini melangkaui 40 darjah Celsius.


Skuad Manchester United telah menjalani latihan hari ini di Philip II Arena di Skopje pada suhu melebihi 30° C. Jika keadaan ini berterusan, dijangka "drink break" akan dilaksanakan menjelang hari perlawanan nanti.

Pegawai pertandingan akan memutuskan samada "drink break" akan diberikan atau sebaliknya. Jika berlaku, setiap 30 minit permainan akan dihentikan selama 3 minit.

Namun, pegawai UEFA akan menilai bacaan termometer sebelum pertandingan berlangsung. Mereka juga akan mengambil kira faktor-faktor lain seperti penurunan suhu semasa perlawanan dilangsungkan.


Jika kaedah "drink break" tidak digunakan, pihak UEFA bakal mengarahkan setiap pasukan menyediakan 20 kilogram ais hancur dibangku simpanan pemain kedua-dua pasukan.




Comments

BERITA POPULAR

Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson memberi mesej kepada skuad Jose Mourinho

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI FORMASI 3-4-3 ?

Bintang United luang masa berfoto dan menandatangani autograf sebelum latihan